Adab bersahabat

Jiwa Tarbawi:
JIWA TARBAWI 194

Alangkah beruntungnya dapat bersahabat fillah...alangkah beruntungnya ukhuwwah fillah terpelihara dan terjaga...

Dalam kitab Bidayatul Hidayah oleh Al Imam Ghazali rahimahullahu taala :

Dalam bersahabat,ada dua pokok utama yng perlu diperhatikan:

1- Cara memilih sahabat.
2- Cara menunaikan hak2 persahabatan (adab- adab bersahabat)

Lalu beliau menghuraikan cara memilih sahabat dengan katanya :

Dalam bersahabat,hendaklah diperhatikan syarat-syarat bersahabat. Maka jangan kau bersahabat kecuali dengan orang yng layak untuk dijadikan sahabat.

Rasulullah SAW bersabda:

رواه أحمد وغيره أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: المرء على دين خليله فلينظر أحدكم من يخالل

Ertinya: Seseorang itu mengikut agama (cara hidup) sahabatnya. Oleh kerana itu, hendaklah seseorang kamu melihat terlebih dahulu siapakah yng patut dijadikan sahabat,
(Hadis Riwayat Abu Daud ,Tarmizi, Ahmad dan Baihaqi)

Maka, apabila kau mahu mencari sahabat yng ingin dijadikanmu sebagai pembantu dalam menuntut ilmu dan di dalam urusan agamamu dan duniamu,hendaklah dipastikan padanya 5 syarat:

1-Orang yang berakal:

Tidak ada kebaikan bersahabat dengan orang yang bodoh,kerana ianya akan membawa kepada pemusuhan dan menyakitkan hati. Paling baik pun,yang akan kau dapati daripadanya hanyalah kau terselamat dari mudaratnya,sedangkan dia berusaha membawa manfaat kepadamu. Ianya kerana musuh yang berakal itu lebih baik daripada sahabat yang bodoh. Di dalam hal ini, Saidina Ali bin Abi Talib R.A pernah berkata:

*Dan jangan kau bersahabat dengan orang yang bodoh. Jauhi akan dia.
*Berapa banyak orang yang jahil yang telah membinasakan orang alim ketika dia bersahabat dengannya.
*Seseorang itu akan dinilai mengikut tingkatan sahabatnya, ketika dia berjalan dengannya.
*Kerana bagi segala sesuatu ada ukuran dan keserupaannya.
*Maka begitulah halnya hati yang menyerupai hati yang lain. Ia akan menunjukkan hubungan ketika adanya pertemuan (persahabatan).
2-Orang yang baik akhlaknya:

Janganlah kau bersahabat dengan orang yang jahat perangainya, iaitu orang yang tidak dapat mengawal dirinya ketika marah dan ketika dia dirangsang oleh nafsu syahwatnya. Dan Saidina ‘Alqamah telah menghimpunkan segala akhlak yang baik dalam wasiatnya kepada anaknya ketika beliau hendak meninggal dunia, ‘Alqamah berkata:

Wahai anakku ! Apabila kau mahu bersahabat dengan seseorang,maka jalinkanlah persahabatanmu dengan orang yang:

1-Apabila kau berkhidmat dengannnya, dia akan memeliharamu.

2-Apabila kau bersahabat dengannya, akan bertambah nilai dirimu.

3-Apabila kau ditimpa kesusahan,dia akan turut sama menanggung kesusahanmu.

4-Apabila kau menolongnya,nescaya dia akan membalas jasamu.

5-Apabila dia melihat kebaikanmu,nescaya dia akan mengambil kira akannya (nilai kebaikan tersebut).

6-Apabila dia melihat kejahatan pada dirimu,nescaya akan ditutupkannya olehnya.

7-Apabila engkau berkata,nescaya dia akan membenarkan perkataanmu.

8-Apabila engkau mengusahakan sesuatu perkara,nescaya dia akan menolongmu.

9-Apabila engkau berselisih dengannya akan sesuatu,nescaya dia akan melebihkanmu.

Dan berkata Saidina Ali bin Abi Talib R.A:

"Saudaramu yang sebenarnya adalah orang yang selalu menolongmu (di waktu senang dan susah) dan dia sanggup berkorban ntuk memberi manfaat kepadamu, dan dia sanggup memecahkan (menyelerakkan) segala urusannya untuk menolongmu dalam menghadapi bala dan ujian."

3-Orang yang soleh:

Jangan kau bersahabat dengan orang yang fasik yang selalu mengerjakan dosa besar,kerana orang yang takut akan Allah itu tidak kekal dalam membuat dosa besar dan orang yang tidak takut akan Allah itu tidak dapat dipercayai sepenuhnya. Bahkan pendirian tidak tetap,selalu berubah2 mengikut keadaan dan tekanan.

Allah ta'ala berfirman kepada Rasulullah SAW:

وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَن ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا ﴿٢٨

Maksudnya: “Dan janganlah kau patuh akan orang yang telah Kami lupakan akan hatinya daripada mengingati Kami dan terus sahaja mengikut hawa nafsunya.”
(Surah Al-Kahfi, ayat 28)

Maka jauhi daripada bersahabat dengan or

ang yang fasik kerana berterusan melihat perkara-perkara fasik dan maksiat itu akan menghilangkan kebencianmu terhadap maksiat tersebut lalu akhirnya kau merasa ringan memandang maksiat. Cuba kau lihat.. Orang ramai menganggap mudah dosa ghibah (mengumpat) kerana mereka sudah biasa melakukan maksiat tersebut tapi jika mereka melihat seorang alim memakai cincin emas dan kain sutera nescaya mereka amat mengingkarinya. Padahal dosa ghibah itu jauh lebih besar daripada memakai cincin emas atau pakaian sutera.

4-Jangan bersahabat dengan orang yang tamakkan dunia:

Bersahabat dengan orang sebegini umpama racun yng dapat membunuh, kerana sudah menjadi tabiat seseorang itu cepat sekali meniru dan mengikut tabiat orang lain dan perangai yng baik cepat sekali berubah menjadi jahat, sedangkan kita tidak menyedarinya. Maka suka bersekedudukan dengan orang yang tamak pada dunia akan menambah tamakmu terhadap dunia. Dan sebaliknya jika suka bersekedudukan dengan orang yang zuhud akan menambah zuhudmu pada dunia.

5-Orang yang benar:

Jangan bersahabat dengan pendusta. Barangkali dia akan menipu kamu kerana dia laksana fatamorgana yang seakan-akan mendekatkan yang jauh atau menjauhkan yang dekat.

Inilah 5 syarat yng perlu dicari dalam pemilihan sahabat. Barangkali susah untuk mendapatkan seseorang yng memiliki kesemua sifat-sifat ini walaupun pada orang yang mengaji di surau-surau atau duduk beribadat di dalam masjid.

Oleh itu,tiada jalan bagimu kecuali kau memilih satu di antara dua jalan ini:

Pertama: Ber’uzlah iaitu mengasingkan diri daripada orang ramai, kerana di situlah terletaknya keselatanmu.

Kedua: Bergaul dgn orang ramai mengikut kedudukan mereka masing-masing yang berdasarkan kepada 3 pembahagian:

1-Saudaramu untuk akhiratmu, maka janganlah kau perhatikannya padanya kecuali hal-hal agama.

2-Saudaramu untuk duniamu, maka janganlah kau perhatikan padanya kecuali hanya akhlak yang baik.

3-Saudaramu untuk kejinakan hatimu, maka jangan kau perhatikan padanya kecuali hanya keselamatanmu dari kejahatannya, fitnahnya dan keburukannya.

Di dalam perumpamaan lain,manusia itu terbahagi kepada 3:

1-Orang yang seumpama makanan asas yng tidak boleh tidak daripadanya.

2-Orang yang seumpama ubat yng diperlukan pada masa-masa tertentu sahaja bukan setiap masa.

3-Orang yang seumpama penyakit yang  perlu dihindari daripadanya,namun terkadang seorang hamba itu dibalakan dengannya walaupun penyakit itu tidak disenanginya dan tiada manfaatnya. Maka perlulah seseorang itu mengambil langkah-langkah  bijak supaya dia dapat selamat daripadanya. Namun,di dalam penyakit itu ada satu rahsia besar seandainya kau mampu menghadapinya,iaitu apabila kau cuba memperhatikan keadaannya dan kesannya yang buruk, lalu setelah itu kau pun menjauhkan diri daripadanya.

Justeru ... perhatikanlah dengan siapa engkau bersahabat .. agar akan dapat reunion dengan sahabatmu di akhirat nanti di syurga...

ABi

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2