Kepentingan solat sunat
*TANYALAH USTAZ TV9*
_03 Oktober 2016_
*_MENGAPA SOLAT SUNAT?_*
_Solat sunat seumpama bonus._
_Kita seolah~olah sombong jika tidak melakukan solat sunat._
*_APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SOLAT SUNAT?_*
_Solat sunat ialah solat tambahan._
*_MENGAPA KITA PERLU MELAKUKAN SOLAT SUNAT DAN APA KEPENTINGAN?_*
_Orang yang buat solat sunat sudah tentu akan menjaga solat fardu._
_Jika solat fardu tidak sempurna, Solat sunat akan menampung kekurangan solat fardu._
*_BERAPA JENIS² SOLAT SUNAT?_*
_Solat sunat sangat banyak .._
_Solat sunat_ *_Terawih .._*
_Solat sunat_ *_Hari Raya .._*
_Solat sunat_ *_minta hujan_* _digalakkan berjemaah._
_Solat² sunat lain biasanya dibuat bersendirian._
*_BENARKAN SOLAT DHUHA BOLEH MENJEMPUT REZEKI?_*
_Memang benar .._
_Tapi ingat kita bersolat untuk mendapatkan pahala dari Allah, jadi jangan kita berniat untuk buat solat sunat dhuha untuk dapat kekayaan dunia._
_Orang yang solat sunat dhuha akan diampunkan dosa²nya dan dengan solat sunat dhuha juga dia telah bersedekah dengan sendi²nya._
*_BAGAIMANA MEMBIASAKAN UNTUK MELAKUKAN SOLAT SUNAT?_*
_Solat² sunat boleh dilakukan dalam keadaan_ *_duduk_* _cuma pahalanya kurang sikit jika dibandingkan dengan solat berdiri._
_Boleh buat solat sunat walaupun dalam kenderaan dan tidak perlu mengadap kiblat._
_Solat sunat boleh gunakan surah² yang pendek._
*_BENARKAH ORANG YANG BERHUTANG SOLAT FARDU TIDAK BOLEH BUAT SOLAT SUNAT?_*
_Ada dua pandangan .._
_01. Mesti qada semua tidak boleh solat sunat._
_02. Boleh melakukan solat sunat dan berusaha qada solat² yg tertinggal._
_Kita nak qada semua solat yang tertinggal selama 30 tahun adalah sangat berat maka banyakkanlah solat sunat taubat dan banyakkan solat² sunat._
*_KITA MASUK SYURGA BUKAN KERANA AMALAN² KITA TAPI KITA MASUK SYURGA KERANA RAHMAT DARI ALLAH._*
_Ini bukan bermakna kita tidak perlu buat amalan, kita wajib buat apa yang Allah suruh dan dengan rahmat Allah lah menyebabkan kita masuk syurga._
*_DALAM BANYAK² SOLAT SUNAT,SOLAT SUNAT YANG MANA LEBIH AFDAL?_*
_Solat sunat yang lebih afdal ialah solat sunat tahjjud di malam hari berseorangan._
_Nak tengok iman seseorang, tengok adakah dia rajin buat solat² sunat._
*_ADAKAH SURAH² TERTENTU UNTK DIBACA KETIKA BUAT SOLAT SUNAT?_*
_Tidak ada surah² tertentu._
_Boleh baca surah² yang pendek dan mudah._
_Kita kena buat solat sunat banyak² supaya mudah kita masuk syurga._
_In Shaa Allah .._
_Aamiin Ya Rabbal Aalamiin .._
*_Biar Tahu Jangan Keliru_*
Comments
Post a Comment