Asmaul husna: Memuji air

TeknikAsmaulHusna:
Memuji Ciptaan Allah
Bicarahati merenung AIR:

Allahumma Ya Razzaq, air adalah rezekiMu utk kami mensyukuriMu, air mandian jenazah adalah rezekiMu ya Quddus ya Jalil utk menyuci roh kami utk ke syurgaMu. Air arak dan susu di syurga adalah sebaik2 air minuman utk sebaik2 manusia yg bergelar ahli syurga.

Air yg sgt banyak dan luas, Engkau ya Razzaq ya Waasi' namakan air lautan utk diproses menjadi air minuman manusia, awan adalah penapis air terhebat dan terbesar yg menjadikanMu ya Adzim layak diagong2kan.

Air hujan yg Engkau ya Quddus ya Jalil ya Hafiz ya Muhaimin ditapis melalui awan turun ke sungai2 yg menjadi air minuman yg bersih kp manusia. Air sungai juga menjadi alatMu ya Quddus ya Jalil menyucikan kotoran pd tubuh, pakaian, kenderaan dll.

Ya quddus ya Jalil, Air suci menyucikan anggota wuduk utk hambaMu menyembahMu. Ya Quddus ya Jalil ya Mu'id, Air suci membersih seseorg dari junub kp suci bg beribadah kpMu.

Ya Jami', air merupakan molikul2 yg Engkau cantumkan. Ya Jami', ya Aziz ya Qowiy ya Matin, air yg Engkau cantumkan molikul dgn sangat kuat menjadi air batu, menyejukkan tekak yg panas, ya khoofidh menurunkan suhu demam, Engkau ya hafiz ya Muhaimin melindungi kesegaran ikan2...

#KoleksiBicaraHati

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2