Asmaul husna: Pewaris Nabi

TeknikAsmaulHusna:
SEORANG  DA’I

Para Da’i adalah pewaris Nabi,
Ilmunya di hati bukannya di lidah
Akhlaknya tinggi
Sanggup menanggung susah.

Takutnya pada Allah
Dapat dilihat pada mukanya
Orang yang melihat ada barakah
Berdakwah atas nama jemaah
Begitulah mengikut sunnah
Bukan seorang diri.

Kata-katanya berhikmah
Peribadinya dicontoh
Rumahtangganya model masyarakat.

Pemurahnya ketara
Pemaafnya pakaiannya setiap hari.

Tidak meminta-minta
Orang menyangka dia kaya
Keluh-kesah tidak ada padanya
Kaya dengan manusia
Fakir dengan Tuhan.

Orang melihatnya rasa simpati
Lidahnya bersih,
Melaknat jauh sekali
Musuh-musuhnya membohongi di mulut
Membenarkan di hati.

Ya Baari aturkan agendakan hambaMu ini sebagai penolong agamaMu.


Kata-kata Ibnu Mas'ud Radhiyallahu  'Anhu,
“Sebaik-sebaik kaya ialah hati.
Sebaik-sebaik bekal ialah takwa.
Seburuk-buruk buta ialah buta hati.
Sebesar-besar dosa ialah dusta.
Sejelek-jelek usaha ialah memungut riba.
Seburuk-buruk makanan ialah memakan harta anak yatim."

Ya Allah Ya Affuw Ya Ghafar Ya Tawwab Ya Quddus Ya Jalil, maafkan dan ampunkanlah semua sahabat yang nampak dan baca status ini. Ya Allah bersihkan sebersih2nya segala dosa kami, dosa syirik, dosa kotoran hati, dosa umpat fitnah, dosa seluruh anggota tubuh badan kami.

Ya Allah Ya Fatah Ya Nuur Ya Zohir, bersihkan matahati kami, Ya Nuur Ya Hadi Ya Haq pancarkan petunjuk kebenaranMu ke dalam hati kami semua. Ya Sami Ya Mujib.

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2