Mengawal marah
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Istiazah Mengawal Marah
عَنْ عَدِيِّ بْنِ ثَابِتٍ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ صُرَدٍ قَالَ اسْتَبَّ رَجُلَانِ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَحْنُ عِنْدَهُ جُلُوسٌ وَأَحَدُهُمَا يَسُبُّ صَاحِبَهُ مُغْضَبًا قَدْ احْمَرَّ وَجْهُهُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنِّي لَأَعْلَمُ كَلِمَةً لَوْ قَالَهَا لَذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُ لَوْ قَالَ أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ فَقَالُوا لِلرَّجُلِ أَلَا تَسْمَعُ مَا يَقُولُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنِّي لَسْتُ بِمَجْنُونٍ
Dari Adi bin Tsabit telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Shurd dia berkata; "Ada dua orang yang saling mencerca dihadapan Rasulullah, sementara kami duduk-duduk di samping baginda, salah seorang darinya mencerca temannya sambil marah, hingga wajahnya merah, maka Nabi SAW bersabda: Aku akan ajarkan satu kalimah dimana jika dia membacanya, kemarahan itu akan hilang daripadanya. Baginda membaca (istiazah). Lalu salah seorang lelaki yang mendengar, bangun mendapatkan lelaki tersebut sambil berkata: Apakah kamu tahu apa yang diperkatakan Nabi tadi? Lalu beliau mengulangi apa yang disebutkan Nabi. Lelaki itu berkata kepadanya: Apakah engkau tengok aku seperti orang gila?" (HR Bukhari No: 5650) Status: Sahih
Pengajaran:
1. Marah itu dipengaruhi oleh syaitan. Mengikut Imam al-Ghazali, berlakunya sifat marah itu kerana urat saraf manusia ditarik oleh syaitan.
2. Orang yang sedang marah, jika tidak dikawal, boleh menyebabkan hilang pertimbangan seperti orang hilang akal. Dia boleh bertindak diluar kewarasan.
3. Rasulullah mengajar agar membaca istiazah apabila seseorang itu marah iaitu
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيم
Firman Allah:
وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Dan jika Engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah Engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. Fussilat: 36
Ayuh sentiasa bersifat RAHMAH mengawal kemarahan dengan sentiasa membaca istiazah memohon perlindungan dari Syaitan.
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
IKRAM Malaysia
27hb Oktober 2016
26 Muharam 1438
Comments
Post a Comment