Masa lalu dan masa kini
*TAZKIRAH YANG INDAH*
_Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Kerana seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring disebelah makam iaitu_ *Saidina Umar Al Khattab*
_Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedang Allah (saifullah) iaitu_* *Saidina Khalid Ibnu Walid*
_Jangan menilai orang dari rupanya. Kerana Rasulullah saw melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat beliau_* *Saidina Julaybib r.a dikejar-kejar oleh para bidadari syurga*
_Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Kerana kasut emas fir'aun pun berada di neraka, sedangkan selipar lusuh_* *Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga*
*_Subhanallah...._*
*Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayahNya, agar di setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi dengan rahmat Allah*
*MARI KITA RENUNG RENUNGKAN*
*Apakah Kepunyaan Kita Wahai Saudaraku ..*_
*_Lahirmu :_*
_Dilahirkan oleh orang lain._
*_Namamu :_*
_Dinamakan oleh orang lain._
*_Pelajaranmu :_*
_Diajar oleh orang lain._
*_Pendapatanmu :_*
_Diberikan oleh orang lain._
*_Hormat :_*
_Diberi oleh orang lain._
*_Mandian pertama dan terakhir :_*
_Dimandikan oleh orang lain._
*_Selepas mati :_*
_Segala harta dan hakmu diambil oleh orang lain._
*_Pengkebumianmu :_*
_Dibuat oleh orang lain._
*_Terasa amat hairan kerana masih ada ego dan keras di hati kita kerana kita sebenarnya tidak punya apa-apa dan juga tiada daya tanpa izin-Nya
_Begitulah Kita Semua .._
*_Fikir2kanlah .._*
Comments
Post a Comment