Kelebihan surah al Ikhlas

DAHSYATNYA SURAT AL-IKHLAS...

Rasulullah SAW pada suatu ketika bersabda,

”Demi Allah yang jiwa ku didalam genggaman-Nya, sesungguhnya

QUL HUWALLAHU AHAD itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s,

ALLAHHUS SOMAD itu tertulis disayap malaikat Mikail a.s,

LAMYALID WALAM YUULAD tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s,

WALAM YAKULLAHU KUFUWAN AHAD tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s".

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahwa Rasulullah SAW telah
bersabda,

"Ketika aku isra’ ke langit,
aku melihat Arasy di atas 360,000 pilar dan jarak jauh antara satu pilar ke satu pilar yang lain ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap pilar itu terdapat padang pasir yang jumlahnya 12,000, dan luasnya setiap satu padang itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya
membaca surat Al-Ikhlas.
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka,
”Wahai Tuhan kami, sesungguhnya
pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik lelaki mau pun perempuan".

Riwayat Anas bin Malik juga merakam kisah berkaitan surah Al-Ikhlas.
Suatu ketika 70.000 malaikat diutus
datang kepada seorang sahabat di Madinah yang meninggal. Kedatangan para malaikat itu hingga meredupkan cahaya matahari.
70,000 malaikat itu diutus hanya kerana arwah sering membaca surah ini. Anas bin Malik yang saat itu bersama Nabi Muhammad SAW di Tabuk merasakan
cahaya matahari redup tidak seperti biasanya dan malaikat Jibril datang kepada Nabi untuk memberitakan kejadian yang sedang terjadi di
Madinah.
Rasulullah S.A.W bersabda,
"Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka tubuhnya tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian
siratul mustaqim lalu menuju ke syurga".
(HR Qurthuby).

SubhanAllah.... Semoga kita dapat mengamalkannya setiap waktu.

Saudaraku..
TOLONG SAMPAIKAN.

Sabda Rasulullah SAW,
"Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca serta mengamalkannya, maka dia akan turut beroleh pahala walaupun sudah tiada."

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2