Amalan jumaat
*☆السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ☆*
*PEDOMAN*
Amalan-amalan sunat yang dibuat pada hari Jumaat kadangkala diambil mudah oleh kita semua. Sesiapa yang mengharapkan keampunan ALLAH pasti mengikut saranan Rasulullah SAW:
لَا يَغْتَسِلُ رَجُلٌ يَوْمَ الْجُمُعَةِ، وَيَتَطَهَّرُ مَا اسْتَطَاعَ مِنْ طُهْرٍ، وَيَدَّهِنُ مِنْ دُهْنِهِ أَوْ يَمَسُّ مِنْ طِيْبِ بَيْتِهِ. ثُمَّ يَخْرُجُ فَلَا يُفَرِّقُ بَيْنَ اثْنَيْنِ، ثُمَّ يُصَلِّي مَا كُتِبَ لَهُ ثُمَّ يُنْصِتُ إِذَا تَكَلَّمَ الْإِمَامُ إِلَّا غُفِرَ لَهُ. مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ الْأُخْرَى.
*Ertinya:*
_“Tidaklah seorang lelaki mandi sekadar yang termampu pada hari Jumaat, dan memakai minyak (pada rambut) dan menggunakan wangian, keluar dari rumahnya (menuju ke masjid), dan tidak memisahkan (saf) di antara dua orang (jamaah yang berdiri rapat) kemudian menunaikan solat yang diwajibkan kepadanya, kemudian dia diam ketika imam mula berkhutbah, melainkan diampunkan dosa yang dilakukannya pada Jumaat tersebut sehingga Jumaat yang akan datang.”_
*_(Riwayat al-Bukhari)_*
*MUTIARA KATA*
•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°
Tanda seorang hamba semakin dekat dengan Allah ialah semakin baik tutur katanya.
Comments
Post a Comment