Berdamai dengan Takdir (ikim.fm)


Segmen Islam Itu Indah@ikim.fm
Oleh: Ust Pahrol.

Ref: https://www.youtube.com/watch?v=7EyjRja2seg


Hati kita menghantar isyarat2 sepanjang liku hidup kita.
Hati perlu diubati. Kembali kepada zikir, solat, doa.

Kuasa Allah sentiasa mengatasi kuasa manusia.
Kita wajib berusaha. Jika terjadi sesuatu yg tidak sama dgn usaha kita, kita harus redho.

Kita usaha, kita dapat. Takdir dgn takbir biasanya selari. Hati kitapun gembira.

Ada masanya pula, hasil berbeza. Bila terjadi, hati kita menjadi kacau. Mulalah hati berkata, kenapa berlaku? Hingga mempersoalkan takdir. Sudah biadap terhadap Allah. Siapa kita untuk diuji? Stress, sakit hati, sakit jiwa, kemurungan. Tiada harapan lagi. Tiada apa nak dikejar. Kemuncaknya jiwa kita mati, tidak lagi hidup. Sudah kritikal.

Cepat2 rawat sebelum sampai tahap kritikal itu. Perlu berdamai dgn takdir.
Kadang2 kita cuba ambil alih kuasa Tuhan. Kita akan dikecewakan.

Tidak ada pilihan lain. Perlu terima.



Macam mana?

1. perlu kenal Allah.

Allah mencintai hambaNya lebih dari ibu kepada anak. Walaupun takdir yg diberikan kepada kita itu pahit buat kita, Allah tetap mencintai kita juga.

Kisah dulu...ada seorang berlari ke neraka. kenapa berlari? Jawabnya...Aku selama ini banyak berdosa. Aku tidak ikut perintah Allah, Sebab aku tak mau masuk ke neraka paling dalam. Itulah yang aku berlari mengejar neraka.

Ada pula seorang yang lain, berjalan perlahan ke neraka...kenapa? Jawabnya..Aku harapkan keampunan Allah. Kerana itu sangat perlahan langkahku, tak mau ke neraka.

Maka Allah memerintahkan supaya kedua-duanya keluar dari neraka. Begitulah akhirnya, Allah memasukkan keduanya ke syurgaNya.

Yang pahit tak semestinya tak baik utk kita. mungkin menjadi ubat.

Lihat Surah Al Baqarah ayat 216 - kerana Allah yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Kita kena bersangka baik dgn Allah walau apa yang datang.



2. fahami hikmah yang tersirat.

Kita melihat yg tersirat. Dengan mata hati. Tersuratnya pedih, tersiratnya baik.

eg. Cats Steven penyanyi. Masa sakit, dia mula membaca quran. Masa itu terbuka hati kpd Islam.

eg. Firaun. tak pernah sakit. Aku ni adalah tuhan yg maha tinggi, Langsung lupa tuhan.

eg. ramalan cuaca. Kenapa ramal tapi tak betul pun. Supaya kita tak bergantung kepada teknologi. Supaya tidak lupa dengan kuasa Allah yang mengatur segala nikmat.

eg. saintis berjaya mencipta klon biri2. Tuhan boleh berehat. Angkuh.



3. faham maksud takdir Allah.

Bila usaha, masih miskin juga. Rupanya Allah nak bagi pahala sabar dgn keadaan miskin.

Nak jadi cikgu/ulama, tak kesampaian juga. Rupanya Allah nak suruh terus belajar.

Keutamaan yang berbeza untuk seseorang:
eg.
Bagi yang dah banyak ilmu, keutamaan dia mengajar.
Bagi yang tak ada ilmu, keutamaan dia belajar.




Q: kalau semua sudah ditakdirkan oleh Allah, apa perlu saya usaha? (golongan Qadariah)

eg. takdir ke neraka, buat apa beramal?

Tanya pada hati...kita tahukah kita dah confirm ke masuk neraka?  Tidak.


Tapi yang kita tahu perintah Allah.
Jadi yang itu confirm kalau kita ikut, kita akan menuju jalan yang betul.
Jadi usahalah utk buat perintah Allah. Usahalah utk mendapatkan syurga.
Selebihnya kita harus bersangka baik dengan Allah, usaha dah buat.

Analogy:
Tambatlah unta kamu dan bertawakkal.
Belum tentu dgn menambat unta itu, unta tak lari. Tapi itu usaha kita supaya unta tidak lari
Selebihnya, sangka baik dgn Allah. mengharapkan kepada Allah setelah kita usaha.

Surah Ar-raa'dhu ayat 39.
Ajal, rezeki - perkara yang sudah tersurat (confirm takdir) tapi tak tahu bila, bagaimana, di mana, berapa etc.

Namun dalam ayat yang lain, Alla menyatakan juga bahawa dengan doa, sambung silaturrahim, bersedekah, boleh ubah takdir.


Q: perokok. sudah takdir sakit.

Hukum sunatullah (adat kebiasaan) - tak berubah dan tak bertukar ganti. kalau kita lakukan (tempoh) juga, beerti kita menampah musibah itu sendiri.

Jangan jatuhkan dirimu ke dalam kebinasaan.

Rokok itu sudah kita tahu, buruk dan binasa. Jadi pergi tempah juga, mmg jadilah sakit akibat merokok tu.



Kesimpulan:

1. Bila Allah menguji kita, kita kena yakin Allah tetap sayang pada kita.
2. Lihat ujian dgn pandangan mata hati. Hidupkan dgn ibadah, doa, amalan, supaya kita diberi rezeki nampak dgn mata hati.
3. Fahami takdir Allah itu. bukan sekadar kebetulan. Ada tujuannya yang kita tak nampak.




Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2