Syukur itu subur
Untuk bahagia, hitung kesyukuranmu, bukan kesukaranmu.
Apa ertinya syukur?
Syukur adalah ujian atas kelebihan (nikmat/rezeki).
Orang yang bersyukur melihat kelebihan yang dia ada, sebagai apa yang ada adalah orang yang positif. Itu sebab untuk mensyukuri apa yang kita ada, lihatlah orang yang lebih bawah dari kita.
Kenapa perlu bersyukur?
1. kerana Allah perintahkan - wajib diamalkan. Dunia hari ini kita sibuk mencari nikmat, namun sedikit yang diajar untuk mensyukuri nikmat. Bersyukur itu tanda kita ingat kepada pemberi nikmat.
2. tauladani Rasul - ada kisah tentang Nabi yang solat sunat sampai bengkak kaki. Bila ditanya oleh Saiyitina Aishah, Nabi menjawab, salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?
Satu lagi kisah Nabi bersujus syukur terlalu lama hingga setelah selesai, ditanya oleh Abdul Rahman bin Auf, kenapa lama sangat? Jawabnya, dia mendapat kabar bahawa sesiapa yang berselawat ke atasku, Allah akan menjawabnya. Nabi sangat gembira menyebabkan makin lama sujudnya.
3. tambah nikmat yang sedia ada - syukur menjadi baja kepada apa yang sedia ada. Bila sikit dan bersyukur, Allah akan tambah lagi. Luaskan pengertian nikmat/rezeki. Bukan hanya wang ringgit tetapi segala yang kita kecapi/nikmati. Bila sikit, jangan mengeluh. Cuba bersyukur, pasti akan melapangkan hti.
4. Syukur menjadi perisai dari azab Allah - bila bersyukur, dapat elakkan dari azab/musibah yang lebih besar. Sebaik-baik amalan, bila bangun dari tidur, terus bersyukur dan puji Allah.
Dipetik dari: Islam itu Indah@ikim.fm (Ust Pahrol)
Comments
Post a Comment