Kenangi nikmat
Jiwa Tarbawi:
JIWA TARBAWI 212
...jangan hanyut dengan banyaknya nikmat yang engkau dapati dalam hidupmu...bimbangilah kalau ianya hanya menjauhkan engkau dari JalanNya...
عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: "إِذَا رَأَيْتَ اللَّهَ تَعَالى يُعْطِي الْعَبْدَ مِنَ الدُّنْيَا مَا يُحِبُّ وَهُوَ مُقِيمٌ عَلَى مَعَاصِيهِ فَإِنَّمَا ذَلِكَ مِنْهُ اسْتِدْرَاجٌ"، ثُمَّ تَلَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: {فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّى إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ}.( الأنعام : ٤٤ )
Daripada 'Uqbah bin 'Amir radhiyalLahu 'anhu daripada Rasulullah SAW bersabda :
”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu ( tetap ) membuat maksiat (durhaka), maka bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.” Kemudian Baginda Rasulullah SAW membaca ayat ( maksudnya ) :
' Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan). '
Al An'aam : 44
( Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi )
ABi
Comments
Post a Comment