Membuang penyakit hati

Jiwa Tarbawi:
JIWA TARBAWI 208

Sering kali manusia bimbang dengan penyakit tubuhnya...Namun Kekasih Allah..sering bimbangkan penyakit hati ummatnya...

قال شداد بن أوس: رأيت النبي صلى الله عليه و سلم يبكي، فقلت: ما يبكيك يا رسول الله؟ قال:
أخوف ما أخاف على أمتي الشرك والشهوة الخفية. قلت: يا رسول الله أتشرك أمتك من بعدك؟ قال: نعم أما إنهم لا يعبدون شمساً ولا قمراً ولا حجراً ولا وثناً ولكن يراؤون بأعمالهم
[أخرجه الإمام أحمد عن شداد بن أوس ]

Syidad bin Aus RA berkata:" Aku melihat Rasulullah SAW menangis, maka aku berkata:" Apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Rasulullah ". Rasulullah SAW bersabda : " Yang paling aku takut ke atas ummatku ialah syirik dan syahwat yang tersembunyi. Aku bertanya:" Wahai Rasulullah! apakah ummatmu akan berlaku syirik selepas kewafatanmu?". Nabi SAW bersabda: " Ya, mereka tidak menyembah matahari, bulan, batu dan berhala tetapi mereka berlaku riya' dengan amalan mereka".

HR Ahmad

Buanglah sifat-sifat mazmumah ini melalui ilmu dan beramal dengan ilmu. Hiasilah hatimu dengan sifat-sifat mahmudah semoga kuat jiwamu dan luhur akhlaqmu.

ABi

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2