Sebarkan kasih sayang
KETIKA SESEORANG DAHAGAKAN KASIH SAYANG, KENAPA KAMU PAKSA DIA DENGAN FATWA?
Maulana Tariq Jameel hafizahullah adalah seorang ulama yang Allah swt berikan kepadanya kepetahan dalam berbicara dan hikmah yang sangat tinggi dalam berdakwah. Tidak hairanlah orang ramai sanggup bersafar beribu-ribu kilometer semata-mata untuk mendengarkan ceramah-ceramah beliau. Dan setiap ceramahnya dihadiri ratusan ribu orang dari pelbagai tempat.
Dalam sebuah bayannya, beliau menceritakan:
Ketika saya menunaikan haji beberapa tahun lalu, saya mendapat berita yang Ameer Khan juga datang untuk menunaikan haji. Saya berniat untuk menyampaikan dakwah kepada beliau, tetapi saya tiada jalan untuk bertemu dengannya kerana saya tidak mengenalinya dan dia juga tidak mengenali saya. Sehinggalah Allah swt telah hantar kepada saya Shahid Afridi (Pemain Kriket no 1 Pakistan). Shahid memang rakan kepada Ameer Khan.
Sebelum Shahid membawa saya bertemunya, beliau berkata kepada saya: "Maulana, kamu hanya mempunyai masa setengah jam." Saya berkata "Baiklah setengah jam". Ketika saya masuk bertemunya, beliau kelihatan sedikit gelisah. Mungkin beliau berfikir "Habislah aku, maulana ni datang misti untuk tegur perkara-perkara yang aku buat sebelum ni. Kemudian paksa aku supaya bertaubat." Mungkin sebab inilah Ameer Khan kelihatan seperti tidak selesa ketika itu.
Setelah bersalaman dan bertanya khabar, maka saya mula bercerita tentang filem kepadanya. Beliau melihat saya dengat sangat hairan. Beliau berfikir, "Maulana ni biar betul, mula-mula cerita tentang Deelep Kumar, kemudian tentang Raaj Kaapor, kemudian masuk cerita Mehboob Saab, kemudian Madhan Mohan pulak..."
Tuan-tuan, sebelum Allah swt bagi kepada saya hidayat, ketika di zaman kolej, saya sangat suka menonton filem. Semua filem dari tahun 1960 sampai 1972 ada dalam kepala saya. Bahkan setelah saya berbicara dengan Ameer Khan, saya simpulkan bawaha saya lebih arif tentang filem-filem era 60' dan 70an berbanding Ameer Khan sendiri.
Kemudian setelah cukup 30 minit, saya berkata "Owh masa saya sudah habis, sekarang sudah setengah jam..." beliau menjawab "Eh tidak apa-apa maulana, saya masih ada banyak masa, jemputlah makan bersama saya".
Di meja makan juga saya tidak bercerita apa-apa tentang agama. Setelah berlalu 40 minit, dan saya melihat Ameer Khan sudah mula selesa, kami bertukar-tukar cerita dengan ceria serta tidak ada lagi ketegangan di wajahnya, barulah saya berkata, "Saudara, sekarang kita sama-sama datang ke Mekkah ini untuk menunaikan haji, kalau saudara mahu, saya boleh ceritakan tentang hajinya Rasulullah saw". Beliau memjawab," Ya sudah tentu maulana, saya juga memang mahu mendengar tentang haji Rasulullah saw ".
Maka barulah saya mula menyampaikan dakwah kepada beliau, saya bercakap sehingga hampir 2 jam. Tidak ada sedikit pun riak wajah bosan di wajah beliau. Beliau mendengarkan dengan penuh minat. Setelah itu, ketika saya mahu pulang, beliau hantar saya sampai ke pintu hotel. Dan berkata, "Maulana datanglah lagi nanti. Saya akan meluangkan waktu 5-6 jam untuk maulana!".
Dan sampai sekarang Ameer Khan masih terus menghubungi saya, bertanya kabar, dan meminta doa. Beliau pernah berkata kepada saya: "Maulana, dalam hidup saya , saya tidak pernah merasa kagum kepada sesiapa pun, tetapi selepas berjumpa dengan kamu, saya sangat kagum dengan kamu."
Adakah saya telah mengunakan apa-apa jampi? Tidak! Saya hanya menggunakan kasih sayang! Apabila kamu menggunakan kasih sayang, semua orang akan mendekati kamu! Ketika seseorang dahagakan kasih sayang, kenapa kamu paksa dia dengan fatwa?
Comments
Post a Comment