Pesanan 6dis

Kuliah Maghrib di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 6 Disember 2016 bersamaan 7 Rabiul'awal 1438H.

Oleh Ustaz Auni Mohamad.

Nota ringkas:

1. Kita mesti cakna hal-hal berkaitan dengan agama Islam, jangan sesekali mempermainkan agama.

2. Berusahalah untuk mengerjakan ibadah solat dengan hadirnya rasa khusyuk dan tawadduk dalam diri. Lahirkanlah rasa seronok bila mana melakukan amal ibadah.

3. Marilah sama-sama kita menjadikan Al Quran sebagai sahabat, peneman setia kita. Janganlah mengabaikan Al Quran agar kita tidak menyesal di hari akhirat kelak.

4. Tidak dapat dinafikan, generasi yang lahir pada zaman sekarang ini membaca Al Quran seperti mana burung kakak tua membaca Al Quran.

5. Hari ini ramai yang tidak faham Al Quran, sedangkan Al Quran sudah lama berada bersama kita.

6. Bila mana kita membantu agama Allah, Allah akan membantu kita.

7. Pada hakikatnya sekarang ini, dosa apakah yang orang kafir buat, orang Islam turut melakukannya. Sudahlah melakukan kemaksiatan, malah  berbangga dengan maksiat yang dilakukan.

8. Tiada lebihnya Islam seseorang itu yang memakai jubah berbanding dengan seorang lagi memakai baju-T. Penampilan seseorang  bukannya menjadi petanda aras keislaman seseorang itu.

9. Buatlah kerja dakwah, lakukanlah cara hidup beragama yang sebenar.

10. Pencarian kita yang sebenar ialah "mencari dan mengenal" Allah.

11. Dengan ilmu yang Allah kurniakan ini, marilah kita menyeru dan mengajak orang lain untuk kembali ke jalan Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2