Ujian anak

Sekadar renungan buat mereka yang ada anak menduduki peperiksaan.

"Saya ada 4 orang anak. Semua berjaya kecuali sorang. Ada doktor, enginer dan lawyer. Tapi anak yang ke 3 tak menyerlah langsung. Dapat gred 2 SPM.

Sangat mengecewakan saya. Tusyen beratus ringgit sebulan. Tapi hasil tak da. Tak macam abang, kakak dan adik dia. Dapat straight A.

Dapatlah kerja kilang. Duduk dengan saya.

Tiap kali sebut pasal belajar mesti saya ungkit dia.

'Tengok macam adik beradik yang lain, semua keja elok-elok. Kau sorang kerja kilang. Buat malu keluarga aje.'

Ini ungkapan yang selalu saya lepaskan pada dia.

Masa berlalu pantas. Takdir Allah saya kena strok. Isteri saya pun sakit jugak. Tak mampu nak uruskan saya. Ingat ada anak yang jadi doktor mudah la sikit. Tak juga. Harap anak-anak lain semua sibuk dengan kerja masing-masing. Hanya datang lawat sesekali, lepas tu cepat-cepat nak balik.

Satu hari anak ke-3 balik dengan beg besar. Saya tanya kenapa? Dia jawab berhenti kerja nak jaga abah.

Kelu lidah saya. Menitis air mata saya pada hari itu. Inilah anak yang paling saya kecewa dulu. Tapi dialah yang menjaga saya hingga hari ini.

Sy mohon ampun kepada Allah atas kesilapan saya yang dahulu. Rupanya Allah jadikan dia kurang dalam pelajaran, tapi Allah sertakan dia dengan rasa tanggungjawab yang tinggi.

Demikianlah Allah takdirkan sesuatu kepada manusia ada hikmahnya. Mungkin kita tidak nampak sekarang, masa depan kita tidak tahu. Bersangka baiklah dengan Allah.

Bagi ibubapa yang dapat result anak tidak cemerlang. Jangan kecewa. Gagal dalam peperiksaan bukan berakhir kehidupan. Tapi gagal dalam agama Allah s.w.t. bala yang paling besar bagi manusia.

Sumber: Bahagian Dakwah, JAKIM

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2