Kekalkan rasa itu

*Kekalkanlah Rasa Kehambaanku*

Tuhan! Aku adalah hamba-Mu.
Dengan rahmat-Mu kekalkanlah rasa kehambaan di dalam hatiku.
Kemuliaanku rasa kehambaan itu kekal di dalam jiwaku.
Tuhan janganlah masukkan di dalam hatiku rasa bangga.
Bangga itu adalah sifat-Mu, kepunyaan-Mu, bukan kepunyaanku.
Tuhan! aku adalah hamba-Mu.
Hamba adalah hina, yang mulia itu adalah Engkau Tuhanku.
Engkau adalah sempurna, yang kurang itu adalah hamba-Mu, aku.
Kekalkanlah rasa kehambaan itu di dalam hatiku.
Rasa itu adalah kemuliaanku, kebahagiaanku.
Alangkah malangnya kalau aku rasa mulia.
Kemuliaan itu tidak layak bagiku.
Rasa kemuliaan itu adalah satu penghinaan buatku.
Tuhan! aku adalah hamba-Mu.
Hamba tidak ada kuasa, lemah, tidak ada daya.
Kekuasaan itu adalah pada-Mu, kepunyaan-Mu, sifat-Mu.
Kalau kelihatan aku berusaha, berbuat, bertindak, bekerja, berjuang.
Nampak macam ada daya dan kuasa.
Sebenarnya tidak, kuasa dan daya yang hanya Engkau pinjamkan kepadaku.
Kuasa yang dipinjamkan.
Engkaulah yang meminjamkan kepadaku.
Aku lemah, tidak upaya, memang begitulah sifatku, aku hamba-Mu.
Lemah dan tidak upaya itu rasakan di dalam hatiku.
Agar sifat hamba itu kekal padaku.
Kerana aku memang hamba.
Rasa lemah itu, itulah kehormatanku.
Janganlah Engkau cabut rasa itu daripada jiwaku.
Supaya aku tidak terhina.
Kemuliaan seseorang hamba itu rasa lemah.
Kehinaan seseorang hamba apabila rasa kuat dan mampu.
Aku berlindung dengan-Mu daripada rasa mulia, mampu, kuat dan ada kuasa.

Menjelang tidur
09.06.2004

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2