Cinta kerana Allah

PERASAAN ITU INDAH...

Cinta itu indah..
Jika cinta itu kerana ALLAH..kerana cinta itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu cintai..

Rindu itu indah…
Jika rindu kerana ALLAH…kerana rindu itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu rindui…

Kegembiraan itu indah..
Jika gembira kerana ALLAH…kerana gembira itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu gembira…

Sedih itu indah..
Jika sedih kerana ALLAH..kerana sedih itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu sedih…

Bosan itu indah..
Jika bosan kerana ALLAH..kerana bosan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu bosankan…

Kesibukan itu indah..
Jika sibuk kerana ALLAH..kerana sibuk itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu sibukkan…

Kesusahan dan derita itu indah..
Jika ia kerana ALLAH..kerana derita dan kesusahan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu susah dan derita..

Maka, niatlah segala perasaan
kita hanya untuk ALLAH..HANYA UNTUK MENDAPATKAN KEREDHAAN  ALLAH...

JUJURLAH kepada ALLAH..
atas segala yang menimpa kamu...
atas segala yang diperbuatkan oleh kamu..dan KEMBALIKANLAH SEGALA PERASAAN itu kepada ALLAH kembali..kerana ALLAH jua lah yang memberi segala perasaan itu..

Jika ia MEMBERI KEBAIKAN dan menghapuskan dosa-dosa untuk kamu, menyempunakan diri kamu di kemudian hari, maka minta DIKEKALKAN perasaan itu..dan BERUSAHA lah untuk muhasbah  diri..cari di mana KELALAIAN kamu selama ini dan BERUSAHALAH untuk memperbaiki diri...

Jika perasaan itu MENAMBAHKAN DOSA-DOSA kamu, maka MOHONLAH DIHILANGKAN ..kerana takut akan MURKA, AZAB ALLAH di 'sana' nanti..

SERAHLAH DIRI kepada ALLAH..dalam APA sahaja yang berlaku kepada kamu..
InsyaALLAH, ALLAH akan mengembalikan kembali perasaan-perasaan kamu itu mengikut apa yang TERBAIK untuk kamu…

Percayalah, ALLAH TIDAK PERNAH menyiksa kamu, kerana bukan itu tujuan kamu diciptakan..

ALLAH sentiasa merindui dan mencintai kamu hamba-hambaNYA Lebih dari segala  yang ada di muka bumi ini...

ALLAH memberi perasaan-perasaan itu untuk memberi 'Isyarat' CINTA dan KASIH SAYANG NYA untuk kamu KEMBALI tenang HANYA jika BERSAMANYA...

JIka masih belum ketemui 'keindahan' itu, sekurang-kurangnya kamu mendapat REDHA ALLAH..kerana kamu MENGINGATI DIA dan BERNIAT HANYA KERANA DIA di setiap apa sahaja yang menimpa kamu...

Apakah yang lebih bernilai
dari REDHA ALLAH
dari RAHMAT ALLAH
dari KETENANGAN dari ALLAH
dari perasaan KEINDAHAN hanya dengan 'BERSAMA' ALLAH

InsyaALLAH..kamu, kita semua
akan ketemu ‘keindahan’ itu…
Jika kerana ALLAH.
PERCAYALAH..

WALLAHU ALAM

Aamiin Ya Rabbal Alamin

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2