Rasa bertuhan
*ILMU KETUHANAN BUKAN ILMU AKAL TAPI ILMU RASA*
Belajar ilmu hisab atau ilmu kedoktoran
tidak terasa bertuhan, tidaklah hairan.
Belajar ilmu yang tersebut dan lain-lain ilmu tidak terasa bertuhan.
Perkara biasa di setiap zaman.
Bahkan adakalanya belajar ilmu sekular langsung tidak percaya adanya Tuhan yang Maha Esa.
Tapi yang lebih aneh orang yang belajar ilmu ketuhanan hingga jadi ulama, tidak rasa bertuhan.
Bahkan pakar ilmu tauhid atau ilmu ketuhanan pun tidak bertuhan.
Kerana mereka belajar ilmu aqidah dengan akal semata-mata.
Sedangkan jiwanya tidak menghayati ilmu itu.
Akalnya percaya adanya Tuhan.
Jiwanya tidak terasa bertuhan.
Di segi ilmu, pakar dengan Tuhan.
Di segi jiwa, kosong dari Tuhan.
Kerana itulah rasa takutnya dengan Tuhan tidak berlaku atau tidak ada.
Syariat Tuhan tidak dijadikan pakaian.
Apabila mendapat ujian dia tidak dapat kembalikan kepada Tuhan atau tidak merujuk kepada Tuhan.
Akibatnya jiwanya menderita.
Menerima ujian itu dia tidak tahan.
Akhlaknya kasar, tidak melambangkan orang bertuhan.
Kehidupannya tidak mempedulikan syariat.
Sekalipun boleh memperkatakan Al Quran.
Atas alasan ilmu semata-mata.
Padahal ilmu ketuhanan hendaklah dirasa oleh jiwa.
Ilmu ketuhanan bukan ilmu akal tapi ilmu rasa.
Orang yang percaya Tuhan, hidup macam tidak bertuhan.
Orang ‘terasa’ bertuhan, orang yang takut dengan Tuhan sekalipun ilmunya kurang.
Mereka yang rasa bertuhan yang menghormati syariat Tuhan.
Kerana rasa bertuhan itu adalah fitrah semulajadi bagi setiap insan.
Lantaran itulah rasa bertuhan itu kenalah suburkan di dalam setiap jiwa manusia.
Tidak cukup setakat akalnya percaya adanya Tuhan.
23 - 10 - 1999
Comments
Post a Comment