Peranan suami

Jangan biar isteri rasa 5 perkara ini seorang diri walau dengan alasan mencari rezeki sekalipun.

1. Penat mengurus rumah

📛 Sesibuk macam mana pun suami keluar mencari rezeki ia bukan tiket untuk suami lepas tangan, balik kerja dudng kaki tengoksita.

📛 Sedangkan isteri pun bekerja di siang hari, malam masih tak dapat duduk, sambung siapkan kerja di rumah.

📛 Bantulah isteri sedikit pun boleh asalkan dapat isteri meluruskan kaki sekejap. " Berat sama di pikul, ringan sama di jinjing "

.
2. Stres melayan kerenah anak-anak

📛 Jangan buat acuh tak acuh bila anak menangis, ringankan tulang lihat anak sendiri. Tolong buat susu ke, dukung ke..

📛 Dah sepanjang hari isteri "handle" anak seorang diri, suami gantilah sekejap 5 minit pun dah cukup untuk "release" stres.

📛 Jangan di pertikai pula kalau anak dah besar nanti lebih rapat dengan mak.

.
3. Sibuk mendidik anak-anak

📛 Suami mesti lebih sibuk dari isteri dalam hal mendidik anak lebih-lebih lagi didikan disiplin, hormat dan sayang pada orang tua.

📛 Jangan lepas tangan dan biar isteri yang fikir dan buat keputusan untuk mendidik anak.

📛 Jangan sesekali berkira dengan anak kerana semakin kita berkira dengan anak-anak semakin rezeki berkira dengan kita.

.
4. Runsing keperluan rumah

📛 Jangan tunggu isteri membebel keperluan rumah tak cukup baru nak keluar mencari.

📛 Suami sepatutnya sediakan keperluan rumah, bukan belikan bila di suruh.

📛 Suami yang bertanggungjawab akan pastikan isteri dia tak membebel di rumah untuk perkara kecil.

.
5. Melayan diri sendiri

📛 Jangan biarkan isteri melayan emosi diri sendiri seorang diri. Stress dengan kerja, rumah dan anak-anak tanpa tempat bersandar.

📛 Tinggi risiko untuk isteri meroyan jika dibiarkan

📛 Suami yang sayang isteri akan sentiasa tahu bila, bagaimana dan di mana nak hiburkan hati isteri.

Perkahwinan adalah perkongsian hidup yang berkongsi suka duka bersama.

Peranan suami lebih dari sekadar menyumbang benih.

Suami bertanggungjawab pastikan benih yang di tanam dapat hidup subur dan mekar serta memberi manfaat pada orang sekeliling.

Mengharap....
Suami yang tak pernah goyang kaki tanpa isteri di sisi.

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2