Kematian hati

HUKUMAN YANG TIDAK TERASA AKIBAT MELAKUKAN DOSA

Seorang murid mengadu kepada gurunya: "Ustaz, betapa banyak kita berdosa kepada Allah dan tidak menunaikan hak-Nya tetapi saya tidak melihat Allah menghukum kita.”

Guru menjawab dengan tenang: "Betapa sering Allah menghukum kamu tetapi engkau tidak terasa.”

"Sesungguhnya salah satu hukuman Allah yang terbesar yang menimpamu wahai anakku, ialah: Sedikitnya taufiq yang Allah beri untuk kamu mengamalkan keta’atan dan amal-amal kebaikan.”

Tidaklah seseorang diuji dengan musibah yang lebih besar daripada "kekerasan hati dan kematian hati.”

Sebagai contoh:
Sedarkah engkau, bahawa Allah telah mencabut darimu rasa bahagia dan senang dengan munajat kepada-Nya, merendah diri kepada-Nya, sujud di hadapan-Nya.

Sedarkah engkau tidak diberikan rasa khusyuk dalam solat?

Sedarkah engkau, bahwa beberapa hari-harimu telah berlalu dari hidupmu, tanpa membaca Al-Qur'an?

Sedarkah engkau sudah tidak tersentuh dengan ayat-ayat Al-Qur'an, seakan engkau tidak mendengarnya?

Sedarkah engkau bahawa telah berlalu berapa banyak malam yang panjang sedang engkau tidak melakukan Qiamullail di hadapan Allah, walaupun terkadang engkau tidak tidur malam?

Sedarkah engkau bahawa telah berlalu atasmu musim kebaikan seperti: Ramadhan ..., 6 hari di bulan Syawal, 10 hari pertama bulan Zulhijjah dan lain-lain tapi engkau belum diberi taufiq untuk memanfaatkannya?

Hukuman apa lagi yang lebih berat daripada itu?

Engkau merasakan beratnya mengamalkan banyak keta’atan (amal ibadah)?

Tidakkah Allah menahan lidahmu untuk berzikir, beristighfar dan berdo'a kepadanya?

Tidakkah terkadang engkau merasakan bahawa engkau mengalah di hadapan nafsu?

Hukuman apa lagi yang lebih berat daripada semua in?

Sedarkah engkau, amat mudah bagimu mengumpat, mengadu domba, berdusta, memandang rendah kepada orang lain, memandang kepada yang haram?

Sedarkah engkau, bahwa Allah membuatmu lupa kepada Akhirat, lalu Allah menjadikan dunia sebagai perhatian terbesarmu?

Ini semua hanyalah beberapa bentuk hukuman Allah kepadamu, sedang engkau tidak menyedarinya.

Waspadalah wahai anakku kerana hukuman yang paling ringan dari Allah terhadap hamba-Nya ialah: Hukuman yang terasa pada harta, atau anak, atau kesihatan.

Sesungguhnya hukuman terberat adalah "Hukuman yang tidak terasa" iaitu pada kematian hati, lalu ia tidak merasakan nikmatnya keta’atan, dan tidak merasakan sakitnya dosa.

Wahai anakku, perbanyakkanlah pada siang dan malammu, amalan taubat dan istighfar, semoga Allah menghidupkan hatimu...

(Mafhum terjemahan dari tausiyah Syaikh Abdullah Al-'Aidan).

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2