Rumahtangga romantik

TANYALAH USTAZ TV9
15.8.2018
(Da'i Halim &Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias)

*RUMAHTANGGA ROMANTIK*
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Antara tanda² kekuasaan Allah ialah lelaki dan perempuan dijadikan pasangan hidup.
Ini tanda² kekuasaan Allah.
Allah yg jodohkan kita.
Kadang² Allah jodohkan kita dgn org yg paling kita benci.
Kadang² jodoh kita tak tahu dari mana dia datang.
Jangan kita ingat jodoh kita seorang sahaja.
Kadang² jodoh kita lebih dari satu cth lepas mati pasangan kita,kita berkahwin lagi.
Allah satukan hati kita daripada tak berkenalan Allah satukan jadi rindu dan sayang supaya rasa senang hati,seronok dan mesra.
Pada tanda² kekuasaan Allah itu ada tanda² org yg berfikir.

MACAMANA YG DIKATAKAN ROMANTIK DALAM RUMAHTANGGA?
Ada romantik dari perkataan,ada dari perbuatan,layanan.
SEORANG ISTERI TAK PERLUKAN PERKATAAN I LOVE U.
Isteri lebih suka suami yg buat kerja rumah.
Romatik ialah apa yg mengembirakan hati pasangan.
Romantik yg sebenar seperti Rasulullah(buat kerja² rumah).

BOLEHKAH SUAMI ISTERI TUNJUK KEMESRAAN DIKHALAYAK RAMAI?
Kalau setakat pegang tangan lintas jalan dikhalayak ramai ini bukan mengada~ngada.
Tak perlu menunjuk~nunjuk romantik dalam facebook atau dikhlayak ramai.
Ada benda boleh tunjuk tapi jangan sampai org menyampah.

BOLEHKAH TUNJUK ROMANTIK DIMEDIA SOSIAL?
Ramai org jadi strees adalah berpunca dari media sosial kerana kesilapan kita mengisi status dimedia sosial.
Tujuan asal perkahwinan adalah utk kita tenang.
Berpada~pada nak masukkan video dan gambar kerana takut akan ada org menghentam dirungan komen kita.
KOMEN AKAN MENJADIKAN HIDUP KITA TAK TENTERAM.
Kadang² kita nak gambar kita utk dapat pujian tapi org kutuk.

BAGI KAUM ADAM YG RAMAI ISTERI,APA YG PERLU SUAMI LAKUKAN?
Perlu faham memahami.
Perlu dua² romantik.
Tak boleh hanya seorang sahaja romantik.
Kalau kita satu kepala,baru ngam.
Isteri yg ada kefahaman yg sama boleh hidup romantik walaupun berkongsi suami.
SUAMI MESTI PANDAI MEMUJUK ISTERI.
Dua² belah pihak kena mainkan peranan.

BAGAIMANA NAK DAPAT SAKINAH(ketenangan) DALAM RUMAHTANGGA?
Kita kena terima siapa suami dan siapa isteri kita(redha siapa pun pasangan kita).
BILA KITA KATA, SILAP BETUL AKU MEMILIH DIA NI JADI PASANGAN AKU,INI BERMAKNA KITA LUPA PASANGAN KITA ADALAH PILIHAN ALLAH.
Allah beri pasangan supaya kita dapat pahala.
Bila isteri dapat suami yg keras atau panas baran ini adalah ujian bagi isteri.
KITA KENA REDHA DULU.
Jadikan benda yg tak baik supaya jadi baik cth isteri suka berleter anggap ia sebagai hiburan.
Jadikan perkahwinan utk dekatkan diri pada Allah.
SOLAT BERJEMAAH ITU ADALAH ROMATIK.
Bila suami boleh jadi imam,itulah boleh beri ketenangan.
Lepas solat salam dan cium isteri.
Inilah boleh menimbulkan ketenangan dalam rumahtangga.

BETUL KE HAPPY WIFE HAPPY LIFE?
Suami dan isteri ada kelemahan dan kelebihan.
Dua² ada kelemahan.
Berkahwin akan sempurnakan akal kita.
Suami perlu kepada isteri yg menasihati.
Bila isteri menegur, suami kena ambil teguran isteri.
Nak rumahtangga seronok ialah dua² kena mainkan peranan dalam menasihati bersama.
Seronok hidup bila kita ada respon antara suami isteri.
Suami dan isteri memerlukan respon dalam rumahtangga baru hidup kita ceria.

APAKAH PUNCA JADI TAK ROMANTIK?
Nabi² semuanya dari kalangan manusia bukan dari kalangan malaikat supaya kita boleh ambil contoh.
Ada juga isteri yg suka membantah seperti isteri Nabi Nuh dan Nabi Lut.
Ada suami kahwin lain kerana isteri tak ada respon.
Ini kerana silap suami yg tak pandai cari suiz atau punca dalam rumahtangga.
SUAMI KENA BIJAK CARI SUIZ ATAU PUNCA NAK ROMANTIK DALAM RUMAHTANGGA.

BETULKAH USTAZ,BILA DAH MENCECAH PULUHAN TAHUN RUMAHTANGGA AKAN BERKURANG ROMANTIK?
Bila dah berpuluh tahun dalam rumahtangga masa itu akan datang perasaan belas kasihan.
Inilah romantik diusia tua.
Bila kita ada suami atau isteri yg sakit dan kita kasihan itulah rahmah.
Inilah ciri² romantik.

BAGAIMANA NAK INTIM HINGGA AKHIR HAYAT KERANA SAYA SAKIT?
Kadang² Allah beri sakit utk merapatkan keluarga.
Kadang² Allah beri susah utk dapat sentiasa bersama(makan sama²)
Anggap sesuatu benda itu semua baik utk kita.
Minta pada Allah supaya Allah beri pasangan hidup yg menenangkan hati kita.
Doa dapat isteri atau suami yg tak panas baran dan tak memandang yg lain.
Bila dalam rumahtangga ada yg bermasam muka,pujuk dia.
Itulah romantik.
KADANG² KEKURANGAN ITU ADALAH KEMANISAN DALAM RUMAHTANGGA.

APA HUKUM TINGGAL BERASINGAN HUBUNGAN JARAK JAUH?
Ini seperti kisah Nabi Ibrahim.
Yg paling penting redha meredai.
Perlu ada kekuatan iman.
Jika tak mampu berjauhan,cari jalan supaya boleh tinggal serumah.
Keredhaan,keimanan dan kesabaran perlu kuat bagi perkahwian jarak jauh.

BAGAIMANA NAK JADIKAN PERBEZAAN PASANGAN SEBAGAI PELENGKAP DALAM RUMAHTANGGA?
Tak boleh nak jadikan perbezaan itu menjadi satu kepala.
Masalah kita,kita suka besarkan perbezaan dalam rumahtangga.
BESARKAN KEGEMARAN YG SAMA JANGAN BESARKAN PERBEZAAN.
Cth suami kena minat apa yg isteri minat,begitu juga dgn isteri perlu minat apa yg suami minat.

APAKAH SEORANG ISTERI YG SUKA NASIHAT TAPI BUKAN BERLETER,INI DIKIRA ROMANTIK?
Dalam rumahtangga kena juga berleter.
Berleter itu adalah luahan dari seorang isteri.
Sadina Umar juga ada isteri yg kuat berleter.
Ketika isteri berleter,Sadina Umar tak menjawab leteran isteri kerana isterinya banyak  buat kerja rumah selama hidup dengannya dan isterinyalah yg melahirkan anak²nya.
DOA MINTA PASANGAN KITA LEMBUT HATI SETIAP KALI LEPAS SOLAT.

APAKAH BATAS² ROMANTIK DALAM RUMAH KETIKA BERSAMA ANAK²?
Romantik bukan hanya berpakaian seksi.
Tak salah nak seksi tapi kita ada anak.
Anak² akan perhatikan kita.
Nak pakai seksi boleh pakai dalam bilik.
Boleh urut suami atau isteri dihadapan anak²,ini juga romantik.

ADA SEGELINTIR LELAKI YG KURANG ROMANTIK,BAGAIMANA NAK ROMANTIK JIKA SUAMI KURANG ROMANTIK?
Seorang suami bertuah bila dapat isteri yg romantik.
Tapi romantik seorang isteri akan hilang bila suami tak sambut romantik isteri.
LAYANLAH PASANGAN MASING² KERANA BILA ADA ROMANTIK AKAN SERONOK RUMAHTANGGA ITU.

APAKAH PERGI MELANCONG ITU ROMANTIK?
Ya,bawa anak² sekali itu akan beri keseronokan.
Tapi ada masa kita perlu berdua sahaja utk romantik.

BAGAIMANA NAK SEMARAKKAN KASIH SAYANG PADA RUMAHTANGGA YG DAH LAMA KAHWIN TAPI TAK ADA ANAK?
Bukan semua org yg berkahwin dianugerahkan anak.
Anak anugerah Allah.
Bukan bila kita tak ada anak,bermakna Allah tak suka kita.
Allah beri atau Allah tak beri itu semua dalam ilmu Allah.
Kata² Sadina Ali aku sangat suka doakan dimakbukkan Allah tapi aku lebih seronok jika doaku tidak dimakbulkan Allah.
Kerana Allah lebih tahu mana yg terbaik untukku.
Bila Allah tak beri cahayamata bermakna Allah nak beri yg lain pada kita.
Boleh isi masa kita bersama anak² yatim atau menjaga anak² saudara.
Ramai org yg tak ada anak jadi org yg berkhidmat pada masjid.
KERANA TAK ADA ANAK,ALLAH NAK BERI PAHALA LAIN.
Kalau kita bijak,cari pahala lain.
Kalau kita ada anak,jagalah anak elok².
JANGAN KECEWA TAK ADA ANAK.

ADA BATASAN ANTARA ANAK DAN AYAH SERTA ADIK BERADIK LAIN.
JANGAN TERLEBIH SAYANG HINGGA AYAH TIDUR DGN ANAK.
INI TAK DIBENARKAN DALAM ISLAM SUPAYA TAK JADI BENDA YG TAK ELOK.
TAK BOLEH KATA INI DARAH DAGING SAYA KERANA SYAITAN TAK KENAL DARAH DAGING.

Contoh terbaik adalah Rasulullah.
Rasulullah bersihkan darah haid isteri.
Rasulullah tidur bersama isteri walaupun isterinya dalam haid.
Ada suami yg tak romantik bila isteri sedang haid.
Rasulullah berkongsi gelas dan minum digelas yg sama pada bekas bibir isteri.
Kita kena enjoy bersama suami isteri.
Pegang tangan,usap kepala suami.
Bila suami sakit,jaga suami elok².
Bila suami.mati,isteri tak menyesal kerana puas jaga suami.

JANGAN MENYESAL TAK JAGA SUAMI ELOK² BILA SUAMI KITA DAH MATI TERLEBIH DULU DARI KITA.

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2