Kenal tuhan
*TABIAT SEMULA JADI MANUSIA KENAL TUHAN*
Tabiat dan watak semula jadi manusia
adalah mengenal Tuhan, mencintai dan takut kepada-Nya.
Begitulah apa yang telah terjadi di alam arwah.
Tapi manusia ini boleh hilang rasa cintanya dan takutnya kepada Tuhan dan terus hilang rasa bertuhan.
Jika dari kecil lagi dia dipisahkan dengan Tuhannya.
Ertinya apabila lahir sahaja ke dunia sudah tidak dikenalkan lagi kepada Tuhan, cinta dan takutnya sudah tidak ada.
Sebagai contoh kita datangkan di sini untuk mudah difaham.
Seorang bayi lahir-lahir sahaja diserahkan kepada seorang ibu angkat.
Setelah dewasa atau tua barulah dikenalkan kepada ibunya yang sebenar.
Dia boleh percaya bahawa itu adalah ibunya.
Tapi kasih sayangnya kepada ibunya sudah tidak ada.
Kerana dari kecil lagi terpisah tidah pernah diperkenalkan kepada ibunya.
Begitulah kalau manusia itu dari kecil lagi tidak kenal Tuhan.
Setelah dewasa atau tua barulah diperkenalkan kepada Tuhan.
Dia percaya adanya Tuhan tapi cinta dan takut kepada Tuhan tidak ada.
Begitulah merbahayanya manusia ini kalau tidak dikenalkan Tuhan dari kecilnya.
Hanya dikenalkan setelah dewasa atau tua.
Cinta dan rasa bertuhan tidak ada.
Rasa bertuhan tidak menghayati jiwanya.
Kalaupun beribadah tidak memberi kesan apa-apa kepada peribadinya.
Ibadah yang tidak dapat melahirkan akhlak yang mulia.
Yang tidak boleh jadi benteng dari maksiat
dan kemungkaran.
Ibadah yang tidak boleh merubah perangai
dari jahat kepada baik.
Kerana itulah manusia perlu kenal Tuhan
sejak kecil lagi.
Agar bukan sahaja dia percaya Tuhan.
Tetapi supaya dia cinta dan takut kepada-Nya.
Selepas Asar
2 Safar 1421
Comments
Post a Comment