Keberkatan sabar

Orang yang bersabar, takkan pernah rugi. Kesakitan yang dia alami akan diganti dengan bahagia yang tak pernah terlintas di hati.

Jangan kita terlalu sibuk mengingati orang yang pernah menyakiti kita. Sibuklah mengingati ALLAH SWT. DIA pasti akan menghilangkan rasa sakit itu. Sebabnya, DIA lah yang telah mendatangkan rasa sakit itu untuk menguji sejauh mana keikhlasan  kita. Orang bersabar takkan pernah rugi, kesakitan yang di alami akan diganti dengan bahagia yang tak pernah terlintas di hati.

Semua perbuatan mereka akan ada balasannya. Yang menyakiti akan di sakiti. Salinglah menghargai, belajar empati. Bayangkan dulu akibatnya sebelum bertindak. Di Dunia hukum ALLAH sering tak langsung kena balasanNYA, tapi bayangkan di Akhirat kelak.

Bersyukurlah kepada orang yang menyakitkan hati kita kerana dialah yang menabahkan hati kita. Bersyukurlah kepada orang yang menipu kita kerana dialah yang meningkatan pengetahuan kita. Bersyukurlah kepada orang yang tidak mengendahkan kita kerana dialah orang yang memupuk kita agar berdikari.
Bersyukurlah kita kepada orang yang menyeksa kita kerana dialah orang yang menguji kesabaran kita.

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2