Adab berpandangan

*PERHATIKAN ADABMU DALAM BERPANDANGAN*

#NotaTerjemahanBroSyarief

Imam az-Zahabi (w.748H) menukilkan kisah dari Isma’il ibn Bint Suddiy (w.245H), di mana dia menyebutkan:

كنت في مجلس مالك، فسئل عن فريضة، فأجاب بقول زيد،

Aku pernah menghadiri majlis Imam Malik, lalu ada yang bertanya kepadanya mengenai satu ibadah fardhu, lalu Imam Malik menjawabnya dengan pandangan Zaid (ibn Tsabit),

فقلت ما قال فيها علي وابن مسعود - رضي الله عنهما - فأومأ إلى الحجبة،

Lalu aku pun mencelah dengan menyebutkan pandangan ‘Ali dan Ibn Mas’ud. Tiba-tiba beliau memberi isyarat kepada para pengawalnya.

فلما هموا بي عدوت وأعجزتهم، فقالوا: ما نصنع بكتبه ومحبرته؟

Apabila mereka cuba menarikku, akupun melepaskan diri sehingga mereka tidak dapat menangkapku.   Mereka pun berkata (kepada Imam Malik): Apa yang perlu kami lakukan dengan kitab-kitab dan dakwat pennya?

فقال: اطلبوه برفق، فجاءوا إلي فجئت معهم.

Imam Malik pun berkata: ‘Panggillah dia ke mari dengan baik.’   Mereka datang kepadaku, lalu aku datang (menemui Imam Malik) bersama mereka.

فقال مالك: من أين أنت؟ قلت: من الكوفة

Imam Malik pun bertanya: ‘Dari mana engkau datang?’

Aku menjawab: ‘Dari Kufah!’

قال: فأين خلفت الأدب؟ فقلت: إنما ذاكرتك لأستفيد.

Dia bertanya lagi, ‘Di mana engkau tinggalkan adab?’

Aku pun berkata, ‘Tujuan aku untuk berbincang denganmu supaya aku mendapatkan faedah ilmu!’

فقال: إن عليا وعبد الله لا ينكر فضلهما، وأهل بلدنا على قول زيد بن ثابت،

Beliau berkata lagi: ‘Ali dan ‘Abdullah ini tidak diingkari keutamaan mereka (sebagai sahabat dan keilmuan), dan ahli negeri kami berpegang dengan pandangan Zaid ibn Tsabit (yang juga diiktiraf keilmuannya)..’

إذا كنت بين قوم، فلا تبدأهم بما لا يعرفون، فيبدأك منهم ما تكره.

‘Apabila engkau berada bersama sesuatu kaum, janganlah engkau kejutkan mereka dengan apa-apa yang mereka tak faham, sehingga nanti mereka pula sampaikan kepada engkau apa yang engkau tak suka.’

[Siyar al-A’lam an-Nubala]

Pengajaran:

01 Berhati-hatilah dari menyampaikan pandangan yang bercanggah dengan amalan setempat yang juga diiktiraf dengan hujjahnya, bukan pengamalan yang jelas tidak berasas.

02 Apabila berada di dalam majlis seseorang, beradablah dan hormati penyampai dan hadirinnya, dan mereka berhak untuk mengeluarkan kita jika didapati ia hanya akan merosakkan dan menghalang objektif asal majlis tercapai.

03 Imam Malik terkenal tegas sebagai guru, menjadikan beliau sentiasa dihormati dan disegani. Tidak menjadi satu kesalahan untuk bersikap sedemikian untuk melatih disiplin kepada murid-murid dan peserta majlisnya dalam interaksi dan adab.
__
#BroSyariefShares
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
<<bit.ly/channelbss>>

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2