Merendah diri

*MERENDAH DIRI ITULAH KETINGGIANMU*

Merendah diri itu, di sanalah letaknya ketinggianmu.
Engkau pandai atau berilmu, banyak orang mendapat manfaat darimu.
Engkau rasa dirimu tidak berguna atau tiada jasa apa-apa.
Di sinilah kemuliaanmu.
Pandai engkau bergaul di semua golongan masyarakat.
Engkau meletakkan diri pada tempatnya.
Di sanalah semua golongan boleh menghormatimu.
Pemurahnya engkau, di situlah rezekimu di dunia.
Ertinya engkau tidak akan papa.
Di Akhirat kelak harta dan kekayaan bagimu.
Engkau tidak suka nama dan glamour.
Kalau engkau orang yang berjasa, banyak orang mendapat faedah dari pertolonganmu, dari jasamu.
Nama dan glamour tetap ada walaupun tidak dipinta.
Nama yang bersih tanpa diminta.
Nama dan glamour yang diminta lambat-laun orang benci.
Setiap kali pula Tuhan mengangkat darjatmu di sisi-Nya kalau engkau sentiasa baik hati dengan manusia.
Dengan manusia engkau baik sangka.
Tidak pernah berdendam dan dengki dengan insan.
Mudah engkau memaafkan orang.
Di situlah ketenangan dan kebahagiaan jiwamu.
Jika engkau sentiasa bertawakal dengan Allah.
Engkau tidak akan risau dengan masa depanmu.

Menjelang Tidur
08 - 08 - 2001

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2