Usah mengubah ciptaan Allah

السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ TV9(Da'i Hilman&Ustaz Firdaus Subhi)
*MENGUBAH CIPTAAN ALLAH*
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Allah tidak ampunkan dosa org yg sekutukan Allah dgn sesuatu apa pun.
Apa yg mereka sembah itu hanya berhala yg lemah.
Demi sesungguhnya Aku akan menyesatkan mereka.
Syaitan berjanji akan menyesatkan manusia.
Mengubah ciptaan Allah ialah mereka yg mengubah sesuatu yg ada pada dirinya.
Rasulullah kata Allah melaknat org yg meletakkan tatu,mencabut bulu kening,kikis gigi utk nampak cantik, inilah mengubah ciptaan Allah.

BAGAIMANA DIKATA HUKUM HARAM,SUNAT DAN MAKRUH KETIKA MENGUBAH CIPTAAN ALLAH?
Jika kita mengubah ciptaan Allah atas keinginan syahwat, hukumnya adalah haram.
Rasulullah suruh kita berkhitan,membuang ari²,mengetip kuku,mencabut bulu ketiak,mencukur misai(ini hukumnya sunat)
Hukum harus mengubah ciptaan cth buat pembedahan kerana sumbing supaya dapat perbetulkan percakapan.

BOLEHKAH HITAMKAN RAMBUT YG PUTIH,MANCUNGKAN HIDUNG DAN MENGGEBUKAN MUKA?
Sebagai seorang manusia,manusia akan sentiasa berubah.
Bila rambut dah beruban,ini bermakna hampir kepada nak bertemu dgn Allah.
Asal hitamkan rambut itu adalah HARAM.
Boleh hitamkan rambut ketika nak berperang utk takutkan musuh.
Haram hitamkan rambut dgn tujuan menipu.
Dibenarkan hitamkan rambut bagi seorang isteri dgn izin suami.
Pewarna hitam itu mesti halal.
Memancungkan hidung dilarang dalam islam.
Jika mancungkan hidung sedikit utk suami,dibenarkan.
Tak boleh mancungkan hidung dgn niat mencantikkan diri utk pujian org,ini termasuk org yg dilaknat.

ADA YG AMBIL SUNTIKAN KOLEGEN KATANYA NAK CANTIK UTK SUAMI,APAKAH DIBOLEHKAN?
Jgn kita beralasan mengubah ciptaan Allah dgn alasan nak cantik utk suami sehingga kita lupa islam mengharamkan mengubah ciptaan Allah.

APAKAH POTONG POKOK SESUKA HATI INI JUGA HARAM?
Ini berkaitan alam semulajadi.
Allah jadikan alam semulajadi ini utk kita menjadi org yg berfikir.
Allah jadikan bumi utk kita jaga.
Islam tak ajarkan kita melakukan kerosakkan.
Perbuatan ini perbuatan yg merosakan muka bumi dan perbuatan ini perbuatan yg dikutuk oleh Allah.

APA HUKUM UBAH CIPTAAN ALLAH BAGI KHUNSA MUSYKIL?
Mereka memiliki dua alat kemaluan.
Boleh ikut kecenderungan kepada lelaki atau kepada perempuan.
Allah melaknat mana² lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki.
Boleh buat pembedahan bagi org yg ada dua alat kelamin jika tidak memudaratkan dirinya dan tidak memudaratkan org lain,ini dibenarkan.

GIGI JONGANG,BOLEHKAH DIPERELOKKAN?
Jika gigi jongang dan nak perelokkan dgn tujuan nak elokkan hakikat asal,dibolehkan.
Niat sangat penting utk rawatan.
TAK BOLEH DGN TUJUAN MENUNJUK~NUNJUK.

APA HUKUM MENANAM GIGI DAN MENANAM RAMBUT?
Apa niat kita nak tanam gigi.
Jika kita ada gigi dan tiba² eksiden dan gigi patah.
Dan doktor kata sesuai utk tanam gigi,maka hukumnya adalah harus.
Menyambung rambut hukumnya haram.

ORG YG TELAH MENGUBAH CIPTAAN ALLAH DAN DAH BERTAUBAT,APAKAH ALLAH TERIMA TAUBATNYA?
Syukur jika ada sifat nak bertaubat.
Allah suruh kita bersegera utk minta ampun dan Allah sediakan syurga.
Alhamdulillah dah bertaubat dan serahkan pada Allah.
Boleh buang tatu jika tidak memudaratkan bagi dirinya.
Tak jadi masalah jika membiarkan tatu kerana takut mudarat pada diri.

APAKAH PENGANTIN YG DIDANDAN SECARA BERLEBIHAN ITU JUGA MENGUBAH CIPTAAN ALLAH?
Selagi mana mengubah itu tak berkekalan dan bersifat sementara,tak jadi masalah.
Tapi jika dimake up sehingga org lain berkeinginan hingga bersyawat,hukumnya haram.
Haram pakai wangian ke masjid bagi wanita.

ORG YG MENGUBAH JANTINA,DAH SURUH BERUBAH TAPI TAK NAK BERUBAH,BILA DIA MENINGGAL APAKAH DITERIMA OLEH ALLAH?
Mereka dapat kutukkan dan laknat dari Allah.
Ada 3 yg tak yg tak dipandang oleh Allah di akhirat:
1)Derhaka pada ibubapa.
2)Wanita yg menyerupai lelaki dan lelaki yg menyerupai wanita.
3)Suami yg dayus.
Bila dah beri nasihat tapi tak nak berubah,dia akan dapat kutukkan.
KITA TAK BOLEH MENGHUKUM APAKAH JENAZAHNYA DITERIMA ATAU TIDAK.
Kewajiban kita adalah menguruskan jenazahnya mengikut jantina asalnya.

APA HUKUM BINA BADAN?
Bina badan bukan mengubah ciptaan Allah.
Boleh lakukan utk kuatkan badan,ini dianjurkan dalam islam.
Jika nak makan ubat bina badan perlu tengok bahan itu haram atau halal.
JANGAN KAMU LETAKKAN DIRI KAMU KEPADA KEROSAKKAN.

APA HUKUM UBAH CIPTAAN ALLAH PADA BINATANG TERNAKAN(cth memandulkan)?
Hukum asalnya adalah haram.
Boleh dimandulkan pada binatang yg boleh dimakan dagingnya cth lembu,supaya lembu jadi gemuk dan boleh makan dagingnya.
HARAM MANDULKAN PADA BINATANG YG TAK BOLEH DIMAKAN CTH KUCING.
Membela dan memelihara kucing adalah sunnah.
Boleh mandulkan kucing jika kucing itu beri mudarat kepada anak² cth tahi kucing yg bersepah.

APAKAH TAUBAT ORG BERTATU DITERIMA?
Semua anggota badan kita akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.
Taubat dan berazam meninggalkan dosa,In Shaa Allah taubatnya diterima.

APA HUKUM PUTIHKAN KULIT?
Jika perubahan itu bersifat kekal dan bukan dgn tujuan perubatan,hukumnya adalah haram.
Syukurlah kulit hitam.
Kita jadi disukai org bukan kerana warna kulit tapi kerana amalan soleh kita.
Jika kita nak disayangi,kita sayangilah org lain.
Jika kita sayang apa yg berada dibumi,yg dilangit dan dibumi akan menyayangi kita.

APA HUKUM CABUT UBAN?
Nabi kata jangan cabut uban.
Dalam mazhab As~Syafie hukum cabut uban adalah makruh.
Allah jadikan uban supaya kita sedar diri dan semakin berusaha hampirkan diri pada Allah.
BILA ALLAH NAK BERI HIDAYAH,ALLAH AKAN LAPANGKAN DADANYA.
Org yg diberi hidayah ada 3tanda iaitu akan kembali berfikir tentang hari akhirat,jarakkan diri dari perkara yg melalaikan dan bersiap sedia menuju kematian.
Kelebihan org yg beruban ialah uban itu akan jadi cahaya di akhirat kelak.

APA HUKUM LELAKI POTONG BULU KAKI DIBAHAGIAN BETIS?
Allah jadikan bulu ada sebab.
Jika bulu itu luar biasa seperti seekor monyet,boleh dibuang dgn tujuan rawatan.
TAK BOLEH BUANG BULU KAKI DGN TUJUAN MENIRU SEORANG WANITA.
Hukumnya adalah haram.

SEKARANG RAMAI UBAH CIPTAAN ALLAH,APAKAH INI TANDA KIAMAT?
Antara tanda kiamat ialah lelaki akan menyerupai wanita dan wanita akan menyerupai lelaki.
Jika tak sempat bertaubat,Allah tak terimanya sebagai seorang hamba.
Matlamat hidup kita adalah nak redha Allah dan nak syurga Allah.
JGN IKUT KEHENDAK SYAITAN.

PAKAI RAMBUT PALSU DAN PAKAI BULU MATA PALSU INI IALAH PERBUATAN PEMBOHONGAN.
INI ADALAH PERBUATAN YG DIHARAMKAN.

BOLEHKAH MAKAN PIL PERANCANG?
Asalnya adalah harus makan jika tak beri mudarat.
Jika doktor dah beri nasihat utk makan pil perancang,hukumnya harus.
HARAM MAKAN PIL PERANCANG SUPAYA TAK NAK ANAK DAN BERKAHWIN HANYA NAK SERONOK² SAHAJA.
Ini tanda nak menolok rezeki dari Allah.

BERSYUKURLAH DGN KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN YG ALLAH SEDIAKAN PADA KITA SEBAGAI MANUSIA.
ALLAH BERI AKAL DAN ILHAM MAKA FIKIR²KANLAH DGN NIKMAT YG ALLAH BERIKAN.
JADILAH KITA ORG YG BERLUMBA~LUMBA UTK DAPAT KITAB DARI TANGAN KANAN.
DAN BERUSAHALAH UTK JAUHKAN DIRI DARI NERAKA.

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru
C&P

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2