Mendidik anak

Tip Bagaimana Orang Jepun Didik Anak Mereka Supaya Cepat Pandai.👨‍👩‍👧‍👦
@Petuadankesihatan

▫ 1. Mereka menggunakan teknik merangsang otak kanan. Otak kanan adalah lebih kreativiti, otak kiri adalah cenderong kepada kira-kira dan fakta. .
Bila anak kita mula nak tidur ayam, cakap pelahan pada mereka " mama sayang adik, adik anak yang hebat".Berikan perkataan yang positif pada mereka. Anak-anak ini akan menyimpan memori imeginasi.

▫ 2. Biasakan anak bermain warna dan melukis dikertas, bermain tanah liat, menggunting kertas. Biarkan mereka conteng kerana proses ini merangsang otak kanannya.Ada kajian yang menunjukkan penggunaan penyepit ketika makan oleh bangsa cina dan jepun membolehkan menambah rangsangan pada otak kanan anak-anak. Tak salah ikut benda yang baik. Kayu penyepit sebenarnya mengaktifkan kerja tangan sekaligus merangsang otak kanan anak-anak ini.

▫ 3.Jangan marah dengan menengking anak-anak kerana semuanya akan disimpan melalui otak kanannya. Orang kita selalu dengar perkataan "jangan" , jangan itu, jangan ini sehingga anak-anak itu takut mencuba perkara yang baru. Akhirnya sampai besar mereka sukar bercakap di khalayak.

▫ 4.Gunakan teknik imaginasi. Perasan tak anak kita selalu cerita perkara dalam imaganasi nya. Layankan. Selalukan bercerita dengan mereka dan minta mereka sambungkan cerita itu. Cerita itu akan jadi merapu dan mengikut imagenasi mereka. Sebenarnya baik untuk melatih otak kanan mereka.

▫ 5. Satu teknik lagi adalah selalu bermain teka-teki atau masukkan barang dalam kotak dan minta dia teka apa barang dalam kotak itu. Membuatkan mereka mula berfikir dan mengaktifkan otak kanan.

﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2