Hidup hanya sekali

*Tazkirah pagi*

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم

*Hidup Di Dunia Hanya Sekali , Oleh itu Lakukan Yang Terbaik*

Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.Tidak patuh dan tidak ta'at perintah Allah itu berdosa.
Jika sampai saat ini kita masih diberi kesempatan hidup di muka bumi-Nya, bermakna kita masih ada peluang.
Jangan lepaskannya. Jika terdetik dihati untuk untuk berubah, berubahlah. Istighfar memohon keampunanNya. Taubat dengan sebenar-benarnya. Tidak ada dosa yang tidak diampunkan oleh-Nya, walau sebanyak buih di lautan. Itu JanjiNya.

Di akhirat nanti, kita tidak akan di tanya apa yang orang lakukan kepada kita, tetapi kita akan ditanya apa yang kita perbuat kepada orang.
Oleh yang demikian periksa hubungan kita sesama manusia.
Jaga hubungan kita dengan Allah, kerana itu adalah hakNya.
Lahirkan kemesraan sesama manusia kerana itu pula adalah haknya.

Semoga bermanfaat..

*TLJ*

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2