Di sebalik sedekah

"Sedekah bukan mengurangkan rezeki tetapi menambahkan lagi rezeki."

Hari ini, kita bersedekah sebanyak RM100. Secara zahirnya, sedekah tadi telah mengurangkan wang kita.
Namun hakikatnya tidak begitu.

Kemurahan hati untuk bersedekah juga merupakan satu rezeki, mengapa?

Kerana dengan kemurahan hati kita bersedekah, kita akan mendapat manfaat manfaat lain yang lebih besar dari wang RM100 itu.

Itu janji Allah.

Sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud: Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

(Ayat 261, Surah Al-Baqarah Juz 3)

-Mudahnya Menjemput Rezeki..-

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2