Akhirat yang kekal abadi

Tazkirah Pagi
Ahad (30/9/2018)

قال عمر بن عبد العزيز:
ألا ان الدنيا بقاءها قليل وعزيزها ذليل وغنيها فقير وشابها يهرم وحيها يموت فلا يغرنكم اقبالها مع معرفتكم بسرعة ادبارها....المغرور من اغتر بها
Kata Umar bin Abd Aziz:
"Ketahuilah bhw kenikmatan dunia itu tidak kekal, orang yg mulia di dunia sebenarnya dia adalah hina, org yg kaya di dunia sebenarnya dia adalah miskin, org yg muda lama kelamaan akan menjadi tua, org yang hidup di dunia akan mati. Maka janganlan kamu tertipu dgnnya sedangkan kamu mengetahui nikmatnya akan pergi dengan cepat. Org yg tertipu adalah mereka yg tertipu dgn kehidupan dunia"

Keterangan:

Kehidupan di dunia sebenarnya tidak kekal, sekalipun kita lihat dalam kehidupan dunia ramai manusia dimuliakan, dipuji dan dipuja, diberi kesenangan dan kemewahan hidup, anak-anak muda yg memiliki tenaga muda yg gagah perkasa, dan sebagainya semuanya akan sirna apabila tiba masanya.

Orang2 yang disanjung dan dimuliakan ketika di dunia pada hakikatnya mereka adalah orang yang hina di sisi Allah. Orang2 yang kaya ketika di dunia pada hakikatnya mereka adalah miskin di sisi Allah. Anak-anak muda yg gagah perkasa akhirnya menjadi tua, lemah dan tidak bermaya apabila mencapai usia senja. Semua yang hidup di dunia akan mati jua akhirnya.

Oleh itu, Umar Abd Aziz menasihatkan kita agar jangan tertipu dgn kehidupan dunia, sedangkan kita mengetahui akan hakikat kehidupan di dunia.

Semua kenikmatan dan kesenangan yang diberi kpd manusia adalah untuk sementara sahaja. Kehidupan akhirat lebih kekal dan amal ibadah adalah lebih utama dan perlu disediakan untuk menempuh hari2 menuju kehidupan yg kekal itu.

Wallahu'alam.

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2