Jalan yang lurus
⏰ Tazkirah *_Asar_* - 23/09/2018
🗓 _13_ _*Muharram*_ 1440 *_Hijrah_*
✨ *_بسم الله الرحمن الرحيم_* ✨
✨ *_السلام عليكم ورحمة الله وبركاته_* ✨
📝 *Tadabbur Jalan Yang Lurus*
_Al-Fatihah, 6:_
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
*Tunjukilah kami jalan yang lurus.*
Kita biasa dengan Al-Fatihah. Kita sentiasa membacakan ayat ini. Sekurang-kurangnya 17 kali kita berdoa di dalam solat, setiap hari, agar Allah menunjukkan kepada kita jalan yang lurus.
_Ya Seen, 61:_
وَأَنِ اعْبُدُونِي هَٰذَا صِرَاطٌ مُّسْتَقِيمٌ
*Dan hendaklah engkau menyembahKu. Inilah jalan yang lurus.*
Lalu, Allah memberitahu sendiri bahawa jalan yang lurus itu, ialah menyembahNya sahaja; yakni "ilah" - beribadah, berdoa dan bergantung harap hanya kepadaNya. Tanpa ilah yang lainnya. Seperti akujanji kita, sumpah setia kita, yang kita sebut-sebutkan dalam Syahadah: La "ilaha" il Allah. Tiada "pengibadatan, permohonan dan pergantungan" selain Allah.
_Ya Seen, 3:_
إِنَّكَ لَمِنَ الْمُرْسَلِينَ
*Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) daripada Rasul-rasul yang telah diutuskan.*
_Ya Seen, 4:_
عَلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ
*Yang berada di atas jalan yang lurus.*
Dan, Allah memberitahu lagi bahawa Nabi Muhammad SAW ialah RasulNya yang berada di jalan yang lurus; yakni yang wajib kita ikuti syariat yang baginda bawa. Tanpa menokok tambah dan mencipta yang lainnya. Kerana selain Allah dan RasulNya, yang lain itu adalah jalan yang bengkok: kesesatan.
_Maryam, 36:_
وَإِنَّ اللَّهَ رَبِّي وَرَبُّكُمْ فَاعْبُدُوهُ هَٰذَا صِرَاطٌ مُّسْتَقِيمٌ
*Sesungguhnya Allah adalah Tuhanku dan Tuhanmu, maka sembahIah Dia kalian semuanya. Inilah jalan yang lurus.*
Dan Allah memberitahu bahawa begitu juga seruan Rasul-rasul sebelum Rasulullah SAW; yakni yang menyembah hanya kepada Allah.
Dan juga seruan sama yang dibawa oleh penyampai-penyampai ayat-ayat Allah, sesudah kewafatan baginda, yang mewarisi Al-Quran dan Sunnah.
Bahawa jalan yang lurus itu ialah menyembah Allah dengan sebenar-benarnya. Bukan sebagai warisan nenek moyang. Tetapi menyembahNya dengan cara yang Allah sendiri kehendaki; di dalam hati, perbuatan dan segalanya dalam kehidupan.
Bahawa jalan yang lurus itu, ialah mengikuti jalan yang sudah disediakan oleh Allah melalui RasulNya: Al-Quran dan Sunnah.
_Allahu a'lam._ 🌹
*_#DakwahUntkIslamTerhebat_*
💕 *_اللهم صل على محمد وعل آل محمد_* 💕
🎓 *_Hamba Allah ( MZ.MAM )_*
Comments
Post a Comment