Carilah ilmu akhirat

Tazkirah Pagi
29/9/2018

قال علي بن ابي طالب:
ارتحلت الدنيا مدبرة وارتحلت الآخرة مقبلة ولكل واحدة منهما بنون فكونوا من ابناء الآخرة ولا تكونوا من ابناء الدنيا فان اليوم عمل ولا حساب وغدا حساب ولا عمل

Berkata Saidina Ali:
"Dunia akan pergi meninggalkan kita, akhirat pula akan datang menemui kita, setiap darinya mempunyai pengikut dan penuntutnya. Jadilah kamu pengikut dan penuntut akhirat, jangan kamu menjadi pengikut dan penuntut dunia. Sesunggguhnya hari ini (kehidupan dunia) adalah masa utk beramal dan tiada perhitungan amal, manakala esok (kehidupan akhirat) adalah masa untuk dihitungkan amal dan tiada masa utk beramal"

Keterangan:

Kehidupan dunia semakin hari semakin menjauhi kita dan akan pergi meninggalkan kita. Manakala kehidupan akhirat pula semakin hari semakin menghampiri kita dan akan datang menemui kita.

Ada di kalangan manusia yg menjadi hamba dunia dgn mengejar kehidupan dan kesenangan dunia semata2 sehingga melupakan kehidupan akhirat. Ada juga di kalangan manusia yg menjadikan kehidupan dunia sebagai bekalan utk mencari kesenangan di akhirat.

Saidina Ali menasihatkan kita agar menjadi hamba atau penuntut2 akhirat, bukannya penuntut2 dunia. Ini kerana kehidupan dunia lambat laun akan pergi juga akhirnya dan kehidupan akhirat pula yang akan datang menemui kita. Saidina Ali menasihatkan kita agar jangan menjadi hamba atau penuntut2 dunia tetapi jadilah hamba atau penuntut2 akhirat.

Kehidupan dunia sepenuhnya adalah masa dan ruang yg diberikan utk beramal, tiada sebarang perhitungan amal ketika di dunia, manakala kehidupan akhirat pula sepenuhnya adalah masa utk diperhitungkan amalan, tiada lagi masa dan peluang utk beramal.

Maka, marilah kita menjadi pencari2 kesenangan di akhirat ketika kita masih lagi berada di dunia, sebelum akhirat datang menemui kita.

Wallahu'alam.

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2