*JODOH* *Dipilih atau Memilih??* *Pertama.* • Satu hal yang sering dilupakan oleh wanita adalah kemuliaan wanita tidak bergantung pada lelaki yang mendampinginya. Kenapa? Allah meletakkan nama dua wanita mulia dalam Al-Quran, Maryam dan Asiyah. Kita tahu, Maryam adalah wanita suci yang tidak memiliki suami, dan Asiyah adalah isteri dari manusia yang sangat kejam, Firaun. Apakah pangkat itu mengurangi kemuliaan mereka? Tidak. *Kedua.* • Bicara jodoh adalah bicara tentang hal yang jauh; akhirat, syurga, redha Allah, bukan semata-mata dunia. *Ketiga.* • Jodoh itu sudah tertulis. Tak akan tertukar. Yang kemudian menjadi ujian bagi kita adalah bagaimana cara menjemputnya. Beza cara, beza rasa. Dan tentu saja, beza keberkatannya. *Keempat.* • Dalam hal rezeki, urusan kita adalah bekerja. Soal Allah mahu meletakkan rezeki itu dimana, itu kerja Allah. Dan jodoh, urusan kita adalah ikhtiar. Tentang Allah mahu mempertemukan di mana, itu kerja Allah. *Kelima.* ...