Istimewanya malam lailatul qadr
🌚🌚🌚🌚🌚🌚🌚🌚🌚
TAZKIRAH TARBIAH MADRASAH RAMADHAN USTAZAH DATUK DR.NORHAFIZAH MUSA.
*APA ISTIMEWANYA MALAM LAILATUL QADR*
1.Satu malam ibadah menyamai 1000 bulan atau 83 tahun 4 bulan.
2.Satu malam ketetapan urusan kita dengan Allah.
3.Satu malam Allah tentukan takdir untuk satu tahun perjalanan hidup kita seperti urusan hidup mati bahagia, derita, dugaan, hidayah dan sebagainya.
4.Satu malam Allah perintahkan malaikat diketuai malaikat Jibril a.s untuk mengemaskini perjalanan dan takdir hidup kita.
5.Satu malam para malaikat berbondong-bondong turun-naik ke langit bumi tanpa henti sehinggakan tidak nampak langit bumi membawa amalan,
permintaan dan doa kita
6.Satu malam yang sangat- sangat rugi jika kita terlepas tanpa mempedulikan takdir dan perjalanan hidup kita yang sedang diatur oleh Allah.
7.Satu malam para malaikat berbondong- bondong turun naik ke langit bumi berjumpa dengan kita yang menghidupkan malam lailatur qadr.
7.Satu malam yang berbahagialah kita yang menghidupan malam lailatul qadr kerana dijamin mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah.
8.Satu malam untuk kita bangun dan hidupkan malam lailatul qadr.
9.Satu malam untuk kita mohon doa doa doa apa yg kita mahu dan in sya Allah akan dikabulkan.
10.Satu malam untuk banyakkan tasbih, tahmid istighfar.
11.Satu malam untuk direbut dan digunakan dengan
sebaik- baiknya kerana kita tidak tahu samada kita berpeluang lagi berjumpa atau tidak dengan Ramadan yang akan datang.
12.Satu malam buat kita yang ingin mengucapkan syukur atas nikmat Allah dihidupkan dengan banyakkan tahajud dan qiamulail berdoa berdoa berdoa berzikir dan bertahmid.
13.Satu malam buat kita yang berdukacita dengan takdir dan ujian Allah, kesempitan hidup, kesusahan hati
dihidupkan dengan banyakkan tahajud dan qiamulail,berdoa,berdoa,berdoa dan berzikir.
14.Satu malam yang hendaklah kita Yakin sepenuh- penuhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
15.Satu malam yang sangat-sangatlah rugi jika kita terlepas bermunajat kepada Allah.
16.Satu malam bagaimana kita boleh lena tidur sedangkan kita ada urusan penting dengan Pencipta kita
17.Satu malam kita mohonlah Allah takdirkan yang baik-baik untuk agama Islam,seluruh umat Islam,
keluarga kita,diri kita di
dunia ini.
18.Satu malam kita mohon pada Allah agar kita terpilih mendapat rahmat dan keampunan Allah.
Renung- renungkan.
In Sya Allah.Solun Alan Nabiiyiin.Fi Amanillah.
Aamiin.
🌚🌚🌚🌚🌚🌚🌚🌚🌚
Comments
Post a Comment