Doa Ramadhan
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِSalam Pagi Selasa
28 Mei 2019
23 Ramadhan 1440H
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk kami mengerjakan amal ibadat, semoga kami mendapat rahmat dari Mu Ya Allah.
Ya Allah ampunkan dosa-dosa kami dan tutupkanlah kesalahan-kesalahan kami.
Ya Allah tukarkanlah keburukan2 kami kepada kebaikan dan Engkau sempurnakanlah iman kami.
Ya Allah bantu kami dengan amalan-amalan yang Engkau redhai dan kurniakan keihklasan dan istiqamah dalam ibadah kami.
Ya Allah kami semua mempunyai pelbagai masalah, Engkau bantulah kami untuk menyelesaikan masalah kami Ya Allah.
Ya Allah Engkau keluarkanlah kelemahan zahir dan batin kami dan berilah kami kekuatan untuk menghadapi segala cubaanMu.
Ya Allah bimbinglah hati kami dengan keikhlasan dan ketakwaan dan berilah kami kebahagian dunia akhirat agar kami selamat di bawah rahmat dan kasih sayang Mu.
Ya Allah bersihkan hati kami dan janganlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau beri kami petunjuk.
Ya Allah kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram.
Ya Allah kurniakan juga kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati dan jadikanlah kami semakin dekat denganMu.
َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua-dua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ
Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua-dua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ
Comments
Post a Comment