Perihal hidayah
It is about being REACTIVE or PROACTIVE towards "hidayah".
HIDAYAH TERAKHIR DARI ALLAH
Hidayah itu milik Allah....
Ya hidayah itu memang milik Allah. Siapa lah kita untuk menentukan hidayah seseorang.
Kadangkala apabila kita bertanya kepada seseorang..
“kenapa tak solat?
Kenapa tak puasa?
kenapa tak solat pada waktunya?
Kenapa tak nak tu.
Kenapa tak nak ni.”
Rata-ratanya ramai antara mereka yang memberi jawapan, dan ada diantara mereka yang akan memberi jawapan.
“Bukan tak nak, tapi Hidayah tak sampai lagi..
Ermm.. maaf...
belum sampai masa, belum sampai seru..”
Apa itu hidayah?
Mungkin bagi kebanyakan kita akan berkata maksud hidayah itu ialah petunjuk dari Allah.
Yang mana hanya diberikan Allah kepada sesiapa yang terpilih sahaja.
Ya itu memang benar, tapi pendapat peribadi saya hidayah itu ialah teguran kasih dan sayang Allah kepada setiap makhluk diatas bumi ini. Sama ada ia baik pada pandangan kita atau buruk pada pandangan kita, yang penting kemana teguran itu akan membawa langkah kaki kita selepas itu.
Tahukah kita?
Dalam sedar tak sedar, Allah sebenarnya sudah lama memberikan hidayahNya kepada kita.
Percayalah Allah sudah lama memberikan hidayahNya kepada kita cuma kita saja yang buat tak nampak.
Ketahuilah..Allah sudah lama pun menegur kita dengan cara kasih sayangNya, kita saja yang buat tak faham.
Allah dan Rasulullah sudah lama pun membimbing kita ke jalan yang lurus, kita saja yang buat reti tak reti.
Kenapa?
Kenapa kita tidak sedar?
Mungkin kerana gelapnya hati dengan keseronokan dunia, gelapnya mata kerana terbuai pandangan nafsu diri.
Gelapnya jalan hidayah kita juga mungkin kerana kita yang tidak memilih dan menentukan jalan hidayah kita itu sendiri.
Benar, hidayah itu milik Allah tetapi Allah juga pernah berfirman di dalam Al-Quran bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan dia mengubah nasib dirinya sendiri. (Surah Ar-Rad, Ayat 11)
Stop! Kalau benar Allah sudah lama memberikan hidayah Nya.
Dimana? Dan bila? Serta bagaimana hidayah itu?
Cuba baca dibawah ini. Mungkin boleh membantu membuka mata hati kita yang kelam.
1. Ketika kita lahir ke dunia dengan sempurna tanpa cacat cela nya itulah hidayah Allah yang pertama. Dengan kesempurnaan fizikal dan akal yang dikurniakan Allah itulah yang mampu menjadi asbab untuk kita sujud dan rukuk dengan sempurna.
2. Kita membesar dengan sihat. Sempurna akal dan fikiran kita . Dijaga baik oleh ibu dan ayah yang menyayangi kita dari kecil sehingga dewasa itulah hidayah.
Tidak semua manusia lahir dikurniakan ibu dan ayah. Ada diantara kita yang tak sempat merasai kasih sayang ibu atau ayah. Menjadi yatim piatu dan ada juga yang mempunyai ibu dan ayah tetapi tidak bertanggungjawab dan sering mengabaikan tanggungjawab kepada anak-anak.
3. Ketibaan bulan Ramadhan yang setahun sekali itulah juga hidayah.
4. Panggilan azan yang berkumandang 5 waktu sehari itu lah hidayah. Allah panggil Kita 5 kali Setiap hari dalam hidup kita tetapi masih juga kita claim Kata Allah tak beri hidayah pada kita. Allah yang tak beri hidayah atau kita yang buat tak peduli?
5. Anak-anak kita yang membesar menjadi anak yang Soleh dan solehah itulah hidayah Allah. Jika Selama kita hidup ini tidak pernah terlintas untuk menunaikan solat. Mungkin dengan malunya melihat kepada anak-anak kita yang rajin solat itulah yang akan membimbing kita kepada hidayah Allah.
6. Bahkan apabila kita sudah dimamah usia. Rambut sudah pun beruban, langkah sudah lemah, gigi sudah banyak yang berguguran, sakit tua. Itu juga hidayah Allah, peringatan Allah supaya kita sentiasa mengingati dan bersiap-siap untuk menghadapi hari kematian.
7. Takkan lah kita nak tunggu hidayah terakhir dari Allah baru nak berubah. Apa dia hidayah terakhir tersebut? Kematian. Ya kematian itulah hidayah terakhir dari Allah. Ketika nazak itulah hidayah terakhir kita. Sama ada lidah kita akan mampu menyebut ‘lailahaillallah’ untuk kali yang terakhir atau tidak mampu menyebut nya dan mati dalam kekufuran. Allahu...
Maka percayalah Allah sudah lama memberikan hidayahNya kepada kita semua.cuma kita sahaja yang tidak memahami nya. Percayalah juga hidayah Allah itu perlu dicari bukan ditunggu..
هدايت كادابن
Wallahu'alam..
Semoga bermanfaat..
Comments
Post a Comment