Doa di akhir Ramadhan

Sebagai Jumaat terakhir buat ramadhan tahun ini, seelok2nya marilah kita sama2 berdoa pada saat2 beredarnya bulan mulia ini meninggalkan kita.

*Doa di akhir Ramadhan*

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah, ya Rahman.. ya Rahim

Ya Allah, janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yg terakhir dlm hidup kami. Seandainya Engkau menetapkan sebaliknya, maka jadikanlah puasa kami ini sebagai puasa yg dirahmati, bukan puasa yg sia-sia.

Seandainya masih ada pd kami dosa yg belum Engkau ampuni dan dosa yg menyebabkan kami diseksa kerananya, sehingga terbitnya fajar mlm ini atau sehingga berlalunya bulan ini, maka ampunilah semuanya Wahai Yg Paling Pengasih dari semua yg mengasihi.

Ya Allah, terimalah puasa kami dgn sebaik2 penerimaan, perkenan kemaafan, kemurahan, pengampunan dan keredhaan mu Ya Allah.. Sehingga Engkau  memenangkan kami dgn segala kebaikan yg dituntut, segala anugerah yg Engkau curahkan dibulan ini.

Selamatkan kami didalamnya dari kebimbangan terhadap bencana yg mengancam dan dosa yg berterusan. Demikian jua dgn rahmat Mu, golongkan kami kedalam golongan org2 yg mendaptkan (keutamaan) dimalam al-Qadar. Mlm yg telah Engkau tetapkan lebih baik dari seribu bulan.

Semoga perpisahan kami dgn Ramadhan ini bukanlah perpisahan utk selamanya dan bukan juga pertemuan terakhir kami. Moga kami dpt kembali bertemu pada Ramadhan mendatang dlm keadaan penuh harapan dan kesejahteraan.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار؛
(سورة البقرة: ٢٠٠؛)

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمَعُ العَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَوَّابُ الرَّحَيْمُ؛
(سورة البقرة: ١٢٧؛)

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ؛

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2