Mana tahu...

Renungan..

Hujan turun... tidak pernah menunggu sama ada kita telah atau belum sediakan payung. Demikian pula kematian... ia akan datang menjemput setiap saat, tak peduli sama ada kita telah atau belum siap menyambutnya.

Jika Hari ini kita masih lagi boleh berbicara,
Maka bicaralah yang baik-baik.

Jika Hari ini kita masih lagi boleh bergurau senda,
Maka berguraulah dengan penuh kasih sayang.

Jika Hari ini kita masih lagi boleh menghirup udara,
Maka banyakkan ibadat jauhi maksiat.

Jika Hari ini kita masih lagi boleh membaca al-Qur'an,
Maka hayatilah makna setiap ayat dengan penuh insaf.

Jika Hari ini kita masih lagi boleh solat penuh khusyuk,
Maka banyakkanlah doa jangan alpa.

Jika Hari ini kita masih lagi boleh bersama insan tersayang,
Maka penuhilah dengan rasa kebaikan & sentuhan kasih sayang.

Mana tahu esok semuanya tiada lagi..
Mana tahu esok kita pula akan disolatkan......

*_#Salam Ramadhan...._*
*_#Salam Nuzulquran..._*

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2