Akidah - Tanyalah ustaz
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Hadhari&Dato' Seri Ustaz Abu Hasan Din)
* AKIDAH *
* SIFAT 20(BHG 2) * ~ JUMAAT 22/02/2019 ~
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Amat perlu kita ketahui sifat² 20 supaya kita mengenali Allah.
Sifat makhluk berlawanan dgn sifat Allah.
Allah ciptakan manusia ada tujuan iaitu utk sujud pada Alah.
SIFAT² ALLAH:
Qudrah bermakna berkuasa(Allah boleh buat apa sahaja yg Allah nak)
BILA ALLAH KATA KUN FAYA KUN TERUS JADI.
Iradah bermakna berkehendak.
Ilmun bermakna pengetahun(ilmu Allah meliputi segalanya)
Tak gugur sehelai daun,melainkan Allah maha mengetahui.
Hayat bermakna hidup(hidup selamanya)
Sama' bermakna mendengar(dengar isi hati manusia)
APAKAH YG DIMAKSUDKAN SIFAT IRADAH ALLAH?
Iradah ialah berkehendak.
Allah berkehendak mencipta apa sahaja.
Sebelum ini bumi ini kosong dan dgn ilmu Allah,Allah cipta manusia.
Kehendak Allah sangat luas dan Allah boleh mencipta apa² sahaja.
BAGAIMANA YG DIKATAKAN ALLAH ITU TAK BERTEMPAT DAN ADA YG KATA ALLAH DI LANGIT?
Ya,memang Allah itu tak bertempat.
Ada org tanya pada Imam Ahmad bin Hambal,dimana Allah?
Dia suruh org itu minum air teh yg ada gula.
Teh itu manis.
Dimana manisnya.
Manisnya tak nampak dalam air teh.
Begitulah dgn Allah.
Dalam alam ini ada Allah.
Allah ada dimana~mana.
ALLAH MAHA MENDENGAR,ADAKAH ALLAH MAHA MENDENGAR APA SAHAJA DIHATI YG TAK DIUNGKAP OLEH MANUSIA DAN BAGAIMANA ORG YG PUTUS ASA KERANA DOANYA TAK DITERIMA?
Bila hati berkata~kata,Allah maha mendengar.
Ini menunjukkan perdengaran Allah mengatasi segalanya.
ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALA RAHSIA.
Walaupun kita tak bercakap,Allah maha mengetahui apa yg ada dihati manusia.
Bila nak berdoa,jangan menjerit~jerit.
Doalah dgn rendah diri.
Doa dalam hati juga Allah dengar.
Allah maha mustajab doa.
Cuma cepat atau lambat,di dunia atau di akhirat.
JANGAN PUTUS ASA DGN RAHMAT ALLAH.
Jangan salahkan Allah,kalau doa kita tak dimakbulkan Allah.
Cuba check makanan kita(halal haram).
KALAU KITA SELALU MINTA PADA MANUSIA,MANUSIA AKAN BENCI TAPI KALAU KITA SELALU MINTA PADA ALLAH ALLAH AKAN BERI PAHALA.
CARA² BERDOA:
1)Yakin Allah akan terima doa kita.
2)Angkat tangan bersungguh~sungguh.
JIKA TAK MAKBUL JUGA DOA KITA,MESTI ADA SEBAB²NYA.
Pastikan pakaian,minuman dan makanan kita halal.
Kadang² suami beli makanan dari duit² haram sebab itu doa tak dimakbulkan.
APABILA MUSIBAH BERLAKU,ADA ORG TAK DAPAT NAK TERIMA,KENAPA ADA ORG TAK BOLEH NAK TERIMA?
Di antara rukun iman yg wajib kita percaya ialah percaya pada qada dan qadar yg buruk dan yg baik.
Buruk dan baik adalah dari Allah.
Apa sahaja musibah yg buruk adalah kerana kesalahan diri kita sendiri dan Allah akan ampunkan dosa² kita.
Tersepak batu sikit pun Allah ampunkan dosa.
BILA ALLAH BERI KITA SAKIT,ALLAH TAK ZALIM PADA KITA.
ALLAH TAK PERNAH MENZALIMI MANUSIA MELAINKAN MANUSIA YG MEMZALIMI DIRI SENDIRI.
Jgn salahkan Allah.
Allah maha adil.
Manusia zalim buat yg Allah larang dan itulah sebabnya Allah beri musibah dan Allah nak ampunkan dosa.
ALLAH TAK BERATKAN MANUSIA ITU MELAINKAN MENGIKUT KEMAMPUANNYA.
ADAKAH ALLAH BERAKAL FIKIRAN?
Allah maha bijaksana.
Cth 8 asbaf zakat kecuali anak yatim.
Ini kerana anak yatim sudah kaya(yg berada dirumah anak² yatim).
Inilah bijaksana Allah.
Apa yg Allah tentukan jangan pertikaikan.
ADAKAH DGN KITA BERIMAN DAN MEMAHAMI SIFAT 20 AKAN MENJAUHKAN KITA DARI KEMUNGKARAN?
Bila kita faham betul² sifat 20 akan menambahkan keyakinan kita pada Allah dan menambah keimanan kita.
TAK DISEBUT DGN MENGENAL SIFAT ALLAH BOLEH CEGAH KEMUNGKARAN.
Yg boleh menghindarkan kita dari kemungkaran adalah sembahyang.
Ada juga org yg sembahyang tapi masih tikam ekor.
Ini adalah org fasik.
SERINGKALI ORG SEBUT MASJID RUMAH ALLAH,MOHON PENJELASAN USTAZ.
Kaabah adalah rumah Allah.
Seluruh dunia mengadap kaabah.
Masjid itu rumah Allah tempat kita mengadap Allah.
Bukan bermakna Allah duduk disitu(masjid)
APAKAH MEMAHAMI SIFAT 20 DAPAT CEGAH KEMUNGKARAN?
Kalau sekadar memahami sifat 20 sahaja tak akan dapat cegah kemungkaran.
Yg dapat cegah perbuatan keji dan mungkar ialah dgn solat.
Sembahyang adalah ibu bagi segala ibadat.
YG MEMBEZAKAN ISLAM DAN KAFIR ADALAH SOLAT.
KAFIR ADA 2:
KAFIR YG TAK TERIMA ISLAM.
KAFIR DARI KALANGAN ORG ISLAM IAITU KAFIR FASIK IAITU DIA TAK SEMBAHYANG.
JIKA KITA BERPEGANG TEGUH DGN SOLAT DAN TAHU ALLAH MAHA MENGETAHUI KITA TAK AKAN BUAT KEMUNKARAN,BAGAIMANA USTAZ?
BILA NAK SEMBAHAYANG KITA KENA YAKIN SEOLAH~OLAH KITA NAMPAK ALLAH ATAU ALLAH NAMPAK KITA.
ORG YG NAK BERZINA JIKA DIA YAKIN ALLAH NAMPAK DIA,DIA TAK AKAN BERZINA DAN KERANA DIA LUPA ALLAH SEBAB ITULAH BERLAKU ZINA.
JIKA KITA BENAR² BERIMAN KITA TAK AKAN DAPAT DIGODA OLEH SYAITAN.
NAK KENAL ALLAH KITA KENA KENAL SIFAT² ALLAH.
SEBELUM KENAL ALLAH KITA JUGA KENA KENAL DIRI KITA.
DARI MANA KITA DAN KE MANA KITA.
KITA DARI AIR MANI YG HANYIR DAN AKHIRNYA KITA AKAN KEMBALI PADA ALLAH.
#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru
22/2/2019
Comments
Post a Comment