Menjaga khusyuk

ALLAHUAKBAR.  ANAK ANAKKU. SAHABAT SAHABATKU.

khusyuk solat adalah roh untuk solat tu. jika kita solat tampa khusyuk, ertinya solat tidak ada roh. sesuatu yang sepatutnya ada roh tapi tak dak roh, ertinya benda itu mati. atau benda itu bangkai.

kita tak nak la solat kita tidak hidup. tidak ada roh. kita nak solat yang kita buat ini bernilai dan berharga disisi allah.

solat ini solat para kekasih allah. solat ini solat orang muqarrabiin dengan allah.

khusyuk tidak dapat tidak wajib kita ushakan jugak. cuba dan terus cuba selagi hayat masih ada.

tak khusyuk seratus peratus pun lima puluh peratus pun jadilah untuk orang lemah macam kita kita ini.

moga moga kita akan dapat juga khusyuk dalam solat walaupun turun naik grafnya. dari takdak langsung, baiklah ada sikit. allah tahu kesungguhan kita nak khusyuk.

allah maha faham keikhlasan kita dan mujahadah kita.  allah maha mengerti hamba hambanya. 

ibrahim mat isa. 22 2 2019.

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup