Peringatan untuk semua

ALLAHU AKBAR.  ANAK ANAKKU. SAHABAT SAHABAT KU.

jika hari ni kita ada masa terluang, janganlah lupa baca quran. janganlah lupa solat awal waktu. jangan lupa bezikir.

jika harini kita masih hidup, jangan lupa banyakkan taubat.
jangan lupa berinfaq.
jangan lupa banyakkan doa untuk mak ayah.
sementara kita masih diberi hidup ni berbaktilah kepada Allah dan agama.
amal soleh kita itu takkan disiasiakan Allah.

itulah bekal kita untuk selepas mati.

jika kita masih lagi ada sengketa dengan sesiapa, cepatlah berdamai balik.
cepatlah berukhuwah balik.
cepatlah jalinkan semula kasih sayang agar allah redhakan kita.

bukankah redha allah yang kita cari selama ini?.
yakinlah mati kita dah mendekat.
yakinlah saat kita akan dikebumikan dah tak lama lagi. 
bukankah hari hari kita lihat depan mata kita satu persatu dimatikan allah?.
bertaqwalah wahai kita kita. daku dan anda.
pahatkanlah ini dalam dasar hati kita. 

ibrahim mat isa. 4 2 2019.

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup