Bila menerima kritikan

*Tazkirah pagi*

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم

*Berlapang dada bila menerima kritikan*

Terdapat beberapa cara untuk kita melatih diri untuk sentiasa berlapang dada dalam menerima sebarang kritikan.

✅Rinduilah kritikan dan nasihat tersebut.
-Buangkan anggapan bahawa diri kita yang terbaik dan sentiasa ingat bahawa hidup ini mesti terus belajar.

✅Cari dan bertanyalah.
-Jadikanlah bertanya serta meminta nasihat ini sebagai satu kebiasaan.
- Wajib bagi seorang Muslim untuk memberikan nasihat kepada Muslim lain yang meminta nasihat.

✅Nikmati kritikan.
-Apabila menerima teguran, senyum dan fikirkan apa yang baik disebalik apa sahaja teguran yang diberikan.

✅Syukurilah.
-Maka, bersyukurlah apabila masih ada orang yang mahu menegur kita.
-jika tidak, maka mungkin Allah s.w.t. sengaja membiarkan kita membuat dosa dan menyimpan kemurkaan-Nya kepada kita.
-Sebaliknya, apabila ditegur, itu tanda Allah s.w.t. menyimpan kasih sayang-Nya untuk kita.

✅Menilai diri.
-Berlaku jujurlah dengan diri sendiri.
-setiap kelemahan perlu diakui, itu bukan tanda kalah, tetapi mengalah.

✅Memperbaiki diri.
-Kemudian, lakukanlah islah atau pembaikan.
- Ini proses penting yang membolehkan kita menjadi orang yang beruntung,
-hari ini lebih baik dari semalam.

Semoga bermanfaat..

*TLJ*

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup