Usah membawang
*Tazkirah pagi*
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
*Membawang*
Antara perkara yg tidak diendahkan dan menjadi satu kebiasaan tatkala ia menjadi perkara yg agak sukar untuk dihindarkan di dalam masyarakat kita samada yg bekerja atau suri rumah adalah MEMBAWANG.
Memang seronok duduk berduaan atau berkumpul lalu menceritakan keburukan orang lain.
Di dalam berseronok bercerita panjang dan tak puas2 nak cerita2 hal keburukan orang lain tanpa kita menyedari bahawa Nabi s.a.w ada memberi AMARAN bahawa di akhirat nanti akan ada orang yang dia membawa amalan yg sangat banyak, solat sunatnya tip top, puasanya tip top, qurannya tip top, zikirnya tip top TAPI dia akan terkejut apabila setelah ditimbang kesemua amalan2nya itu dan diperlihatkan bahawa nilainya adalah ZERO tatkala ia menjadi MUFLIS disebabkan amalan2 itu telah berpindah kepada orang yg diumpat.
Maka kerana itu kita perlu HADAM SUNGGUH2 bahawa meskipun kita bertaubat atas dosa membawang, walaupun dosa itu tetap diampunkan NAMUN ia tidak akan mengembalikan semula amalan2 kita yg telah berpindah kpd orang lain itu. Justeru takutlah dengan dosa yang amat merugikan ini ambil lah alternatif untuk menjauhkan diri dari membawang.
KALAU KITA ADA TERLIBAT DUDUK DGN ORANG SEBEGINI STOPLAH SERTA MERTA , BERANILAH UTK TEGURLAH MEREKA YG SUKA membawang UTK KEBAIKANNYA ATAU SEBARKAN INFO2 BERKENAAN BAHAYANYA DOSA MEMBAWANG KEPADANYA.
Semoga bermanfaat...
*TLJ*
Comments
Post a Comment