Ciri-ciri orang makrifatullah

*Ciri-ciri orang yg makrifatullah*

‎فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ

"Ketahuilah bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah..." [Surah Muhammad 19]

Berdalilkan ayat ini, adalah wajib bagi kita mengenal Allah 5 dan hanya Allah sahaja yang berhak disembah. Untuk mengenali Allah maka memerlukan ilmu dan pembelajaran tentangNya. Semakin tinggi pengetahuan seorang hamba kepada Tuhannya, maka ia akan semakin takut kepadaNya. 

‎قُلْ إِنِّي أَخَافُ إِنْ عَصَيْتُ رَبِّي عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ

Katakanlah: "Sesungguhnya aku takut jika aku derhaka kepada Tuhanku, (akan dikenakan) azab hari yang besar (hari kiamat)" [Surah al-An'am 15]

Dengan mengenali Allah, nescaya seseorang itu tidak akan melanggar hak-hak orang lain, tidak akan menzalimi dirinya sendiri, tidak berani melakukan kerosakan di atas muka bumi ini dan tidak akan kufur kepadaNya serta sentiasa rasa malu diatas nikmat yang dikurniakan kepadanya.

‎فَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَوْلَاكُمْ ۚ

"...Maka ketahuilah bahawasanya Allah adalah pelindung (penjaga) kamu..." [Surah al-Anfal 40]

Berkata Zun Nun al-Misri: "Orang yang makrifat kepada Allah adalah:

1. Yang jiwanya ditawan oleh Allah (sentiasa hatinya terkait dengan cinta padaNya)
2. Yang hatinya melihat (dihiasi dengan muraqabah- merasa hampir dengan Allah dan muhasabah- meneliti diri sendiri)
3. Banyak amalnya semata-mata kerana Allah"

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup