Kelebihan nisfu syaaban
*Kelebihan Nisfu Sya’ban* Malam Nisfu Sya’ban (15 Sya'ban) merupakan malam penuh rahmat, maka hendaklah memperbanyakkan ibadah terutama beristigfar dan bertaubat dan menjauhi kemaksiatan. Pada malam Nisfu Syaaban adalah salah satu malam yang mustajab doa. Umat Islam digalakkan pada malam Nisfu Sya'ban banyakkan berdoa dan memohon keampunan disisi Allah SWT. Sayidatina Aisyah r.a. menyatakan, tidak pernah Rasulullah ﷺ berpuasa lebih banyak melainkan dalam bulan Sya’ban (selain bulan Ramadhan); Sesungguhnya baginda ﷺ telah berpuasa sebulan penuh. – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Usman bin Zaid menceritakan: “Saya telah bertanya kepada Rasulullah ﷺ, Wahai Rasulullah, saya tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada lain-lain bulan seperti di bulan Sya’ban; lalu Baginda menjawab, itulah bulan (Sya’ban) di mana ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rejab dan Ramadhan. Ini adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam.