Mencapai kusyuk solat
Pernah tak selepas solat kita terfikir...adakah amal ibadah ku di terima oleh Allah s.w.t??
Terima atau tidak solat kita hanya Allah saja yang tahu. Hanya Allah yang berhak menilai kualiti solat kita.
Tapi, solat yang SAH belum pasti ianya akan diterima oleh Allah. Oleh itu kita mesti berusaha untuk meningkatkan kualiti solat kita dari semasa ke semasa.
Imam Al Ghazali telah menggariskan 6 cara untuk khusyuk dalam solat. Iaitu..
1. HUDHUR AL-QALB (HADIRKAN HATI)
Kita hendaklah berusaha membuang semua perkara duniawi yang tidak berkaitan dengan solat dan tidak ada hubungan dengan Allah.
2. TAFAHHUM (MEMAHAMI)
Cubalah untuk memahami segala makna yang dilafazkan dalam solat seperti makna bacaan Al Fatihah, bacaan ketika rukuk, sujud dan lain2.
3. AT TA'DZIM ( MENGAGUNGKAN ALLAH)
Apabila hendak memulakan solat iaitu ketika mengangkat takbir cuba hadirkan dalam hati iaitu berasa diri kita sangat kerdil dan hina di depan Allah Yang Maha Agung.
4. AL HAIBAH ( MERASA GERUN KEPADA ALLAH)
Hadirkanlah rasa takut dan gerun kita kepada Allah. Bayangkanlah azab di dalam kubur , keadaan huru-hara di Padang Mahsyar ,gambaran neraka dan seumpamanya.
5. AR RAJAA' ( BERHARAP KEPADA ALLAH)
Sentiasa menaruh harapan agar amalan solat kita akan diterima oleh Allah dan dapat membantu kita di Akhirat kelak.
6. AL HAYAA' (MALU)
Wujudkan rasa malu kepada Allah atas kekurangan dan kelemahan diri kita. Allah telah mengurniakan segala nikmat kepada kita tapi kita selalu lalai, tidak bersyukur dan lupa untuk mengabdikan diri kita sebagai seorang hamba kepada Yang Esa..
Comments
Post a Comment