Tuluskan niat

*Tazkirah pagi*

*Assalamualaikum wbt...*

3/4/2018 (Selasa)

*Mampukah Kita*

Dalam masa sekarang terlihat jelas susahnya nak tolong orang...

*Kenapa?*

Mungkin risau sebab bantu orang lain tak mendatangkan keuntungan atau ganjaran. Malah menyusahkan diri...

Mungkin risau orang yang kita bantu/tolong tu ambil kesempatan ke atas kita...

Dan mungkin banyak lagi faktor lain seumpamanya seperti orang kita bantu belum tentu akan bantu kita balik...

*Begini lah asam garam dunia. Setiap yang dihulur mengharapkan imbalan atau balasan...*
Adakah ini akhlak org mukmin?

Tak semua mampu utk membantu orang lain. Sebab mampu itu satu perkara yg sangat berat dan ujian yg amat berat...

Ada sahaja alasan ketika ada yg perlu bantuan. Yang kaya begitu susah nak hulurkan bantuan. Tapi yang kaya juga perlukan bantuan. Yang fakir miskin sememang nya perlu bantuan...

*Soal mampu ini sesuatu yg amat sukar dinilai dan diramal kerana ianya dari ketulusan hati...*

Hari ini kita dipanggil utk membantu. Mungkin kita rasa susah sebab buang masa, tak dapat apa pun bila kita bantu.

*Tapi kita tak tau dgn cara menghulurkan bantuan itu adalah salah satu cara kita mensyukuri nikmat ALLAH SWT yang telah dianugerahkan kepada kita semua...*

*Maka patut kita mensyukuri atas pemberian tersebut...*

Semoga bermanfaat...🕌🌴

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2