Harapan vs angan-angan
JIWA TARBAWI 413
Bila harapan dan angan-angan sudah tidak ada faedahnya lagi....
ياليتني كُنت ترابا !
(سورة النباء ٤٠)
(سورة النباء ٤٠)
"Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah".
An Naba' : 40
ياليتني قدمت لحياتي !
(سورة الفجر ٢٤)
(سورة الفجر ٢٤)
"Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal saleh) untuk hidupku ini".
Al Fajr : 24
ياليتني لم أوتَ كتابيه !
(سورة الحآقة ٢٥)
(سورة الحآقة ٢٥)
"Wahai alangkah baiknya kiranya tidak diberikan kepadaku kitabku (ini).
Al Haaqqah : 25
يَا لَيْتَنِي اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلًا﴿٢٧﴾
(سورة الفرقان ٢٧)
(سورة الفرقان ٢٧)
"Aduhai kiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama-sama Rasul".
Al Furqaan : 27
ياليتني لم أتخذ فلاناً خليلآ !
(سورة الفرقان ٢٨)
(سورة الفرقان ٢٨)
Kecelakaan besarlah bagiku; kiranya aku (dulu) tidak menjadikan sifulan itu teman akrab(ku)
Al Furqaan : 28
ياليتنا أطعنا الله وأطعنا الرسولآ !
(سورة الأحزاب ٦٦)
(سورة الأحزاب ٦٦)
Alangkah baiknya, andaikata kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada Rasul".
Al Ahzab : 66
ياليتني كنتُ معهم فأفوز فوزاً عظيما
(سورة النساء ٧٣)
(سورة النساء ٧٣)
"Wahai kiranya saya ada bersama-sama mereka, tentu saya mendapat kemenangan yang besar (pula)".
An Nisa' : 73
Kesemuanya itu adalah harapan dan angan-angan mereka yang telah mati menemui Tuhan,.. yang dirakam dan diputarkan kembali di dalam Al Quran agar manusia mengambil pengiktibaran. Harapan dan angan-angan yang manusia mampu mencapainya dengan amalannya ketika ia masih hidup bernyawa.
Namun,... harapan dan angan-angan itu hanya mampu dicapai sebelum datang saat kematian. Bila kematian telah, ianya hanyalah menjadi keluhan penyesalan yang suadah tidak ada faedah dan manfaat untuknya.
Justeru, selama mana masih bernyawa, usahakanlah ia, agar penyesalan tidak muncul di saat kematian datang menjemput...
اللهم اَيقِظْ قُلوبَنا من الغَفلة يارب العالمين.
" Ya Allah, sedarkanlah hati kami daripada ghaflah kelalaian, wahai Tuhan Penguasa Sekelian Alam."
ABi
Comments
Post a Comment