Apabila merasa tidak berdosa

Al fatihah..

*BAHAYA TIDAK RASA DIRI BERDOSA*

Adakalanya seseorang itu tidak membuat dosa, boleh merosakkannya.
Kerana dia terasa suci dan bersih dari dosa.
Takutnya kepada Tuhan pun hilang, maka rasa kehambaannya hilang pula.
Bahaya bagi seseorang hamba yang sudah hilang rasa kehambaannya.
Adakalanya seseorang itu ada sedikit cacat celanya untuk menyelamatkannya.
Di waktu dia tercacat, dia merasakan sangat berdosa.
Jiwanya pun menderita, maka itulah yang Tuhan suka.
Di situ ada rahsia dia dapat kekalkan sifat hambanya.
Itulah yang Tuhan mahu dan suka.
Di sini barulah kita faham, orang yang tidak membuat dosa pun kenalah rasa berdosa.
Kerana merasa berdosa itu adalah sifat hamba.
Rasa kehambaan mestilah dikekalkan setiap masa.
Begitulah rahsia Tuhan kepada kita.
Ada yang nampaknya positif, dia akan jadi negatif.
Ada yang nampaknya negatif tapi dia akan jadi positif.
Tapi ini bukan pula dibuat-buat.
Biarlah ia terjadi tanpa kehendak kita.
Ia adalah rencana dari Tuhan di luar kuasa kita.
Bukan rencana dari kita.
Rencana dari kita tidak ada hikmahnya.
Rencana dari Tuhan ada hikmahnya.
Maha Besar Tuhan! Maha Suci Tuhan daripada membuat perkara yang sia-sia.

6.5.2003
Menjelang Zuhur

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2