Zikir pendinding api neraka

ZIKIR MAMPU MENJARAKKAN JURANG API NERAKA.

Ketahuilah bahwa zikir adalah ucapan yang bernilai di sisi Allah SWT, yang mana semakin banyak kita melafadzkan zikir, maka semakin terangkatlah darjat kemulian kita di sisi Allah SWT.

Tidak sesekali rugi bagi orang2 yang melafadzkan zikir kerana ia mampu menjarakkan jurang ke Neraka serta menaikkan darjat ke tingkatan Syurga yang Mulia. Setiap kali kita melantunkan alunan zikir & istighfar secara perlahan dan tenang setiap hari, maka ia melunturkan segala racun serta penyakit iman yang berada di dalam lubuk jantung hati kita.

Ingatlah bahawa kita berada dizaman yang penuh fitnah dan antara tanda2nya adalah kita dapat merasakan masa tersangat laju sehinggakan tidak ada ruang untuk membaca Quran, berziarah atau ke majlis2 ilmu.

Justeru itu kita tetap ada alternatif lain disebalik kesibukan dan pantasnya masa meninggalkan kita iaitu dengan kita memperbanyakkan zikir dan istighfar. Sehinggakan kata Saidatina Aisyah bahawa Nabi s.a.w berkata kepadanya,:

"Sungguh beruntung bagi orang-orang yang menemukan istighfar yang banyak pada setiap lembar catatan harian amal mereka."
(HR A;-Bukhari)

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2